Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih tompok panas dikesan di Sumatra

Sep 09, 2019 | 08:52 PM



SINGAPURA mungkin mengalami sedikit jerebu, memandangkan bilangan tompok panas yang dikesan di Sumatra melonjak naik daripada 113 pada Sabtu (7 September), mencapai 333 pada Ahad (8 September), menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Ini kerana angin dijangka terus bertiup dari daerah selatan-timur atau selatan, dan boleh meniup asap jerebu dari tempat berjerebu di Indonesia ke Selat Melaka.



Bagaimanapun, NEA meramalkan keadaan cuaca baik seperti biasa di Singapura menjelang beberapa hari akan datang, dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu di laman webnya.



Pada 6 petang pada Isnin (9 September), Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam adalah antara 75 dan 85, iaitu pada paras sederhana. 



Namun, ia adalah peningkatan daripada catatan 63 hingga 69, yang dirakam pada 6 petang pada Ahad.



Untuk maklumat terkini mengenai keadaan jerebu, sila rujuk lelaman NEA di www.nea.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >