Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

BERITA

Lebih waspada ekoran serangan babi hutan di Punggol

Feb 24, 2021 | 05:30 AM

SEBUAH pusat jagaan pelajar di Punggol kini berada dalam keadaan berwaspada sejak berita mengenai serangan babi hutan yang berlaku di Punggol Walk malam Sabtu lalu dilaporkan.

Ini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera di beberapa kejadian.

Cik Grace Gan, seorang penyelia di Pusat Jagaan Pelajar YMCA @ Punggol Waterway, berkata beliau mengetahui tentang kejadian itu pada Ahad dan terkejut mendapati salah satu serangan itu terjadi berdekatan dengan pusat jagaan tersebut.

"Keutamaan kami adalah keselamatan kanak-kanak. Maka, kami telah memutuskan untuk menghentikan semua aktiviti dan permainan di luar sejak serangan itu," kata beliau kepada akhbar The New Paper kelmarin.

Langkah berjaga-jaga lain yang diambil termasuk sentiasa mengunci pintu besi pusat tersebut.

Berita Popular

Penduduk di sekitar kawasan itu juga mengongsi kebimbangan mereka jika kanak-kanak akan menjadi mangsa di dalam kejadian sedemikian.

Dari kedua-dua serangan itu, yang berlaku dalam masa selang 10 minit, kelihatan jelas bahawa seekor babi hutan telah melakukan serangan itu.

Serangan pertama berlaku pada 9.10 malam berdekatan Blok 308B Punggol Walk.

Seorang saksi berkata beliau ternampak seekor babi hutan berjalan berdekatan bloknya dan kemudian mendengar seorang wanita menjerit beberapa minit kemudian.

Empat orang dilihat menolong wanita itu dengan menggunakan beberapa batang kayu untuk melepaskan mangsa daripada gigitan babi hutan itu.

Seorang penghantar makanan Grabfood juga membunyikan hon motosikalnya untuk menakutkan haiwan itu.

Babi hutan itu kemudian melepaskan gigitannya dan berlari menuju blok 310A.

Wanita tersebut mengalami kecederaan di bahagian tangan, peha dan kaki, dan dibawa ke Hospital Besar Sengkang (SKH), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)

Dalam kejadian kedua yang berlaku 10 minit kemudian di Blok 310B, seorang lelaki diserang babi hutan dan mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kakinya. Lelaki itu kemudian mendapatkan rawatan di SKH dengan menaiki teksi.

Kejadian ketiga berlaku di Blok 310A.

SCDF berkata mereka menerima panggilan pada 9.30 malam dan membawa seorang mangsa ke SKH.

Anggota Parlimen Punggol West, Cik Sun Xueling, berkata beliau telah menghubungi Lembaga Taman Negara (NParks) dan pihak polis mengenai kejadian ini.

Dalam laporan terkini, Cik Sun berkata beliau telah berjumpa dengan pasukan NParks semasa satu Sesi Anggota Parlimen (MPS), dan mereka akan membuat rondaan di sekitar kawasan itu sehingga 3 pagi.

Encik How Choon Beng, pengarah urusan haiwan liar di Nparks berkata, 20 pegawai dan pekerja kontrak NParks telah dikerahkan untuk meronda dan mencari babi hutan itu bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

Rondaan dilakukan sepanjang hujung minggu lalu, namun babi hutan itu tidak ditemui.

"NParks akan terus membuat rondaan di kawasan itu dan telah mengeluarkan arahan apa yang harus dilakukan orang awam apabila bertembung dengan babi hutan," kata Encik How.

"Kerana babi hutan mempunyai kecenderungan memasuki kawasan awam bagi mencari makanan, dan juga potensi ancaman kepada keselamatan awam, ia akan ditangkap dan dikeluarkan dari kawasan tersebut," tambahnya lagi.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map