Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih yakin mohon kerja lepas bantuan Tenaga Kerja Singapura

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



APABILA gedung beli-belah Robinsons gulung tikar tahun lalu, Cik Siti Aisyah Abdul Rahman, yang bekerja di situ hampir dua tahun, hilang pekerjaannya.



Mulanya wanita berusia 38 tahun itu, yang dulu bekerja di bawah jabatan pembangunan stor, menyangka beliau akan mendapat pekerjaan lain dalam masa sebulan dua.



Namun, selepas menghantar sekitar 30 permohonan kerja seminggu sejak Ogos lalu, beliau masih menganggur hingga sekarang.



"Saya terfikir pasti ada sesuatu yang tidak betul, tetapi saya tidak tahu apa. Saya tidak pasti apa ciri-ciri pekerja yang dimahukan majikan.



"Walaupun saya rasa saya memenuhi 80 peratus keperluan pekerjaan itu, kenapa saya masih tidak mendapatnya?" ujar Cik Siti Aisyah.



Beliau kemudian memutuskan mendapatkan bantuan Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Cik Siti Aisyah dirujuk kepada Ingeus, penyedia pemadanan kerjaya WSG, yang kemudian memperkenalkan beliau kepada seorang jurulatih kerjaya.



Jurulatih kerjaya itu menyemak resume Cik Siti Aisyah dan memberinya nasihat supaya mengubah beberapa perkara, agar lebih selaras dengan pekerjaan yang dimohon beliau.



Selain itu, jurulatih kerja tersebut mencadangkan beberapa pekerjaan untuk Cik Siti Aisyah pertimbangkan.



Semalam, Cik Siti Aisyah antara individu yang hadir di Kelab Masyarakat Tampines Changkat bagi temu ramah pekerjaan bersama bakal majikan yang mengambil bahagian dalam satu acara kerjaya beserta interviu anjuran WSG.



Walaupun belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan mencari, Cik Siti Aisyah tidak berasa hampa malah sekarang lebih yakin, dan pada masa sama, lebih berhati-hati dalam membuat permohonan kerja.



Menurut Cik Siti Aisyah, tidak seperti dahulu, beliau sekarang memastikan resumenya sesuai dengan pekerjaan yang dimohon.



"Mempunyai seorang jurulatih kerjaya bukan memberi saya sokongan moral sahaja, malah keyakinan.



"Sekarang, ada orang yang akan membantu saya, tidak seperti dulu apabila semuanya saya terpaksa lakukan seorang diri hingga menjadi stres," ujar Cik Siti Aisyah, yang kekal positif dalam mencari pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >