Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lee Hsien Yang beri respons kepada laporan tribunal mengenai urusan wasiat bapanya

Feb 27, 2020 | 08:43 AM



ENCIK Lee Hsien Yang telah memberi respons kepada laporan tribunal disiplin yang ditubuhkan untuk meneliti peranan isterinya, peguam Cik Lee Suet Fern, mengenai wasiat Perdana Menteri Pengasas Encik Lee Kuan Yew.



Dalam satu pos Facebook pada Rabu (26 Februari), Encik Lee berkata: "Apakah yang saya akan dapat daripada kononnya penipuan itu?"



Tribunal itu yang menyiasat tuduhan salah laku melibatkan Cik Lee mendapati minggu lalu bahawa pasangan itu telah mengelirukan Encik Lee Kuan Yew yang sakit-sakit waktu itu dan bergegas mendapatkannya menandatangani wasiat terakhir itu.



Tribunal itu juga mendapati bahawa Encik Lee Hsien Yang tidak menyertakan peguam biasa ayahnya, Cik Kwa Kim Li, daripada berkomunikasi dengan Encik Lee mengenai wasiat tersebut.



Semalam, Encik Lee Hsien Yang, adik Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata tidak ada orang yang mengadu tentang penandatanganan wasiat itu sebelum bapanya meninggal dunia, lapor The Straits Times.



Beliau juga menarik perhatian bahawa wasiat itu kemudiannya telah terbukti secara rasminya di mahkamah menerusi proses pengesahan selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 2015.



Wasiat terakhir Encik Lee Kuan Yew berbeza daripada yang sebelum ini, dan berbeza daripada perubahan yang beliau bincangkan dengan Cik Kwa empat hari sebelum itu.



Antara perbezaannya adalah wasiat terakhir itu mengandungi klausa perobohan - yang berkaitan dengan perobohan rumahnya di 38 Oxley Road selepas kematiannya - yang telah disertakan dalam versi wasiat sebelum ini, tetapi selepas itu ditiadakan dalam versi kemudian, termasuk versi sebelum wasiat terakhir.



Merujuk kepada hal ini, Encik Lee Hsien Yang mengulangi dakwaan sebelum ini bahawa bapanya, serta beliau dan kakaknya, Dr Lee Wei Ling, percaya rumah itu telah diwartakan dan oleh itu tidak dapat dirobohkan.



Tribunal itu mendapati bahawa Cik Lee telah mengelirukan bapanya mengenai syarat wasiat terakhir itu, antara lain.



Beliau telah memberitahunya bahawa draf wasiat terakhir itu adalah sama seperti yang pertama yang dilaksanakan pada tahun 2011, tetapi itu tidak benar.



Beliau juga tidak menasihati Encik Lee Kuan Yew tentang perbezaan antara draf wasiat terakhir dan versi sebelumnya, kata tribunal itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >