Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lee Suet Fern tidak setuju dengan laporan tribunal, akan cabar di mahkamah

Feb 24, 2020 | 10:04 AM



PEGUAM Lee Suet Fern berkata beliau tidak setuju dengan laporan tribunal yang mendapati beliau tidak bertindak sewajarnya secara profesional dalam mengurus wasiat Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.



Cik Lee merancang "mencabar dengan sekerasnya apabila ia didengar secara terbuka di mahkamah ".



Beliau menambah bahawa orang awam boleh mendapatkan keseluruhan rekod prosiding tertutup tribunal daripada Persatuan Undang-Undang.



"Saya menggesa orang ramai untuk melihatnya dan mencari kesimpulan mereka sendiri," katanya.



Kenyataan Cik Lee disiarkan pada hari Ahad (23 Februari) di laman Facebook suaminya, Encik Lee Hsien Yang, yang merupakan anak lelaki mendiang Encik Lee dan adik Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam responsnya, Cik Lee juga mengucapkan terima kasih kepada peguamnya, mantan Peguam Negara Walter Woon, Peguam Kanan Kenneth Tan dan firma Providence Law, bagi "belaan yang luar biasa dan hebat".



"Saya sangat berterima kasih kepada mereka," katanya.



The Straits Times melaporkan pada hari Ahad bahawa tribunal disiplin telah mendapati Cik Lee, 61 tahun, tidak bertindak sewajarnya secara profesional semasa mengendalikan wasiat Encik Lee Kuan Yew.



Mendiang meninggal dunia pada 23 Mac 2015 pada usia 91 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >