Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lee Wei Ling mohon maaf bagi komen mengenai rang akta hina mahkamah

Aug 15, 2016 | 09:54 AM



ADIK Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Dr Lee Wei Ling, mengkritik pada Ahad (14 Ogos) Rang Undang-Undang mengenai undang-undang menghina mahkamah, tetapi memohon maaf bagi beberapa kenyataan beliau beberapa jam kemudian setelah mendapat gambaran lebih jelas.

Dr Lee berkata beliau membuat andaian salah mengenai Rang Undang-Undang Pentadbiran Keadilan (Perlindungan), yang bertujuan meletakkan secara bertulis undang-undang menghina mahkamah yang hingga kini diserahkan kepada mahkamah untuk tentukan.

Namun, beliau tetap dengan kritikannya bahawa undang-undang itu akan menyekat perbincangan awam mengenai isu yang menjadi kepentingan.

Rang itu, yang merangkumi tiga bidang utama undang-undang menghina mahkamah, termasuk prasangka terhap hal mahkamah, melanggar perintah mahkamah dan mengaibkan mahkamah, bakal dibahaskan apabila Parlimen bersidang pada Isnin (15 Ogos).

Dr Lee pada mulanya berkata pada Ahad dalam laman Facebook bahawa Rang itu "menyekat perbahasan mengenai isu-isu penting bagi rakyat Singapura".

Untuk menggambarkan hal itu, beliau memetik surat yang beliau tulis kepada akhbar The Straits Times pada 2008 mengenai hartawan runcit Tang Wee Sung, yang dijatuhi hukuman penjara sehari selepas beliau didapati bersalah cuba membeli ginjal secara haram.

Dr Lee, yang berasa hukuman tersebut terlalu ringan, berkata Menteri Undang-Undang K. Shanmugam menggalak dan menyokong beliau dalam menulis surat itu. Tetapi beliau berkata Encik Shanmugam, yang ketika itu seorang peguam privet, "seolah-olah melihat keadilan hanya dari sudut pandangan Pemerintah" sekarang.

Beberapa jam selepas pos itu dimuat naik naik dan dikongsi secara meluas, Dr Lee menyiarkan pos kedua dan berkata beliau silap dalam andaian beliau.

Dr Lee berkata beliau telah bercakap dengan Encik Shanmugam, yang menjelaskan bahawa surat yang beliau tulis pada 2008 akan dibenarkan di bawah undang-undang yang diusul.

Beliau menambah: "Saya lega dengan penjelasan yang diberi oleh Encik Shanmugam, dan saya memohon maaf bagi sembarang rasa malu yang mungkin saya telah sebabkan terhadap Encik Shanmugam."

Pada masa ini, undang-undang menghina mahkamah berdasarkan undang-undang yang ditubuhkan oleh pertimbangan kes yang didengar di mahkamah. Rang itu bertujuan memberi kejelasan lebih besar mengenai jenis tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan juga menetapkan hukuman maksimum.

Tiga Anggota Parlimen Dilantik (NMP) telah mencadangkan perubahan pada rang tersebut, yang kata mereka berkata akan membuat undang-undang lebih jelas. Perubahan yang dicadang itu akan dibentang di Parlimen pada Isnin.

NMP Kok Heng Leun juga akan membentangkan petisyen parlimen bagi pihak kumpulan yang ingin kelulusan Rang tersebut ditangguh.

Seramai 249 warga Singapura yang menandatangani petisyen itu berpendapat ia boleh menyekat perbincangan sah mengenai isu yang menjadi kepentingan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >