Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leftenan Kolonel RSAF didakwa ceroboh asrama NTU

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



SEORANG leftenan kolonel Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF), yang juga juruterbang helikopter, didakwa menceroboh masuk kawasan asrama Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan mencabul seorang wanita.



Neo Aik Chiao, 45 tahun, yang telah menerbangkan helikopter termasuk Chinook, didakwa melakukan kesalahan itu sekitar 2 pagi pada 13 November.



Dalam satu kenyataan kepada The Straits Times semalam, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata pegawai itu telah digantung daripada semua tugas oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Jurucakap Mindef berkata:



"Memandangkan prosiding mahkamah sedang berjalan, Mindef/SAF tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes itu pada ketika ini.



"Kami akan menilai dengan teliti sebarang keputusan terakhir sebelum memutuskan tindakan selanjutnya yang sesuai.



"SAF mahukan kakitangan perkhidmatannya mengekalkan standard disiplin dan integriti tinggi.



"Kakitangan perkhidmatan yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.



"Mereka yang disabitkan dengan kesalahan serius boleh dilepaskan daripada perkhidmatan mereka."



Neo didakwa semalam dengan dua tuduhan pencerobohan jenayah dan satu tuduhan mencabul.



Menurut dokumen mahkamah, dia didakwa menceroboh bilik asrama dua wanita berusia 18 dan 21 tahun itu pada 13 November lalu.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana dia didakwa memasuki premis itu.



Dia didakwa mencabul wanita lebih tua itu dengan menyentuh paha kirinya.



Kes Neo telah ditangguhkan kepada 29 November ini.



Bagi kes mencabul, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, dirotan atau dikenakan gabungan hukuman itu.



Bagi setiap tuduhan pencerobohan jenayah, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan denda sehingga $1,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >