Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leftenan Qamarul kongsi 'rahsia' jadi komando

Dec 05, 2019 | 05:30 AM



BELIAU akur ada askar lain yang bertubuh lebih besar, mampu berlari lebih pantas dan lebih kuat daripadanya.



Namun Leftenan (LTA) Muhammad Qamarul Anwar Mohd Noor (gambar), 23 tahun, berkata keupayaan jasmani bukan sifat paling penting bagi seorang komando.



Sebaliknya, menjadi seorang komando memerlukan tekad, kekuatan mental dan kepemimpinan, kata beliau, yang menekankan tiga perkara itu sebagai ciri paling penting yang dipelajarinya sejak menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Mei lalu, LTA Qamarul telah tamat tempoh perkhidmatan (ORD) dan kini sedang mempelajari bidang aeronautik di Universiti Aeronautikal Embry-Riddle di Singapura.



Namun, beliau akur tidak sabar untuk kembali berkhidmat sebagai komando sebagai askar kerahan.



"Saya pastinya teruja untuk menjalani latihan kerana saya rindu terhadap pengalaman yang saya lalui dahulu," katanya.



Menyingkap perjalanannya menjadi komando, LTA Qamarul berkata beliau menjalani latihan dengan Batalion Komando Pertama, yang merupakan antara unit paling elit dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Sebelum beliau dipilih menyertai komando, LTA Qamarul terpaksa melalui temu duga dan menjalani beberapa ujian IQ (Kecerdasan Intelektual) dan EQ (kecerdasan emosi), untuk menentukan kesesuaian beliau untuk berlatih dengan unit itu.



"Bagi saya, perbezaan paling ketara antara seorang komando dengan askar dari unit lain ialah kami diuji di tahap yang lebih tinggi daripada segi fizikal dan juga mental.



"Setiap askar dalam unit komando menunjukkan keinginan untuk mendapatkan beret merah kami... justeru kami perlu bekerja keras dan sentiasa berusaha gigih," kata LTA Qamarul, yang mula menjalani NS pada Julai 2017.



Cabaran terbesar yang dilalui LTA Qamarul semasa melalui latihan komando ialah latihan jasmani, terutamanya berlari.



"Saya sememangnya bukan seorang pelari yang pantas, tetapi dengan latihan konsisten, saya mula memperbaiki keadaan jasmani sendiri. Akhirnya, daripada anugerah perak saya berjaya meraih anugerah emas," LTA Qamarul berkata, berkongsi perjalanannya mempertingkat keputusan Ujian Kecekapan Jasmani Individu (IPPT).



Peri penting kekuatan mental menjadi lebih ketara bagi LTA Qamarul, selepas beliau dan rekrut komando lain menjalani latihan di luar negeri.



"Itu antara pengalaman paling mencabar bagi kami kerana kami perlu mendaki bukit dan pada masa yang sama menahan penat dan lapar. Hujan pula berterusan sepanjang kami berada di tempat itu.



"Kami perlu tekad dan saling menyokong satu sama lain untuk terus menghabiskan latihan itu," kata beliau.



Selepas melalui fasa latihan, LTA Qamarul pernah ditugaskan memimpin sekumpulan 12 komando pada tahun kedua beliau menjalani NS.



"Sebagai seorang komander, tanggungjawab saya adalah untuk memastikan keselamatan mereka dan memimpin mereka dalam melengkapkan misi kami.



"Dalam masa kesusahan, mereka akan mencari inspirasi. Sebagai seorang pemimpin, saya harus menjadi teladan yang baik bagi mereka.



"Jika mereka melihat saya tidak berputus asa, mereka akan melakukan yang sama," kata LTA Qamarul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >