Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lega.... bantuan ringankan beban keluarga

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



BANTUAN yang dihulur akan banyak membantu meringankan tanggungan, kata para benefisiari program Pelan Kembali ke Sekolah Tabung Amal Jariah (TAJ), atau TAJ Back-to-School Plan, Pertapis.



Inisiatif itu bertujuan membantu membiayai perbelanjaan persiapan sekolah kanak-kanak dalam penjagaan benefisiari TAJ menjelang tahun akademik baru Januari depan.



Setiap benefisiari diberikan wang tunai $200 di samping barangan seperti beg sekolah untuk membantu mengurangkan perbelanjaan mereka.



Sebanyak $100,000 diagihkan kepada 500 benefisiari TAJ bagi progam ini.



Usaha itu dilancarkan Pertapis kelmarin di kawasan luar pejabatnya, yang terletak di tingkat empat Joo Chiat Complex.



Pelancaran itu diadakan seiring dengan pemberian habuan makanan yang diterima benefisiari TAJ setiap bulan.



Antara penerima bantuan Pelan Kembali ke Sekolah TAJ Pertapis ialah Cik Dahtin Bamadhaj, 33 tahun.



Ibu lima anak berusia antara tiga hingga 14 tahun itu, yang merupakan benefisiari TAJ sejak 2019, rasa bersyukur atas bantuan yang diberikan Pertapis.



"Misal kata saya tidak mendapat bantuan, saya akan tetap berusaha mencari rezeki lebih, seperti mana saya lakukan demi anak-anak saya.



"Tapi, dengan bantuan ini, ia akan banyak membantu perbelanjaan saya untuk tahun sekolah baru nanti," kata beliau yang bekerja sebagai duta pengagihan token TraceTogether itu.



Bagi seorang lagi penerima Pelan Kembali ke Sekolah TAJ, Cik Amalina Juma'at, 35 tahun, beliau akan menggunakan wang tunai $200 untuk mempersiapkan keperluan sekolah anak tunggalnya, yang bakal melangkah ke Darjah 5 tahun depan.



Cik Amalina telah menerima bantuan TAJ sejak 2018.



"Alhamdulillah syukur, bantuan ini banyak membantu keluarga saya dan cukup untuk kami semua," kata beliau yang bekerja secara sambilan kerana perlu menjaga bapa mentua yang sakit dan anak perempuannya.



Selain menerima bantuan tunai wang dan habuan makanan kelmarin, benefisiari TAJ juga berpeluang mengambil barangan yang diderma seperti buku, pakaian, alas meja, alat tulis dan barangan elektronik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >