Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lega dapat tinggalkan kapal selepas 12 jam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lega dapat tinggalkan kapal selepas 12 jam

Dec 11, 2020 | 05:30 AM

SELEPAS lebih 12 jam menunggu giliran untuk meninggalkan kapal Quantum of The Seas, mereka akhirnya dapat menghela nafas lega malam kelmarin.

Lebih menggembirakan pesakit yang diuji positif kelmarin hingga memaksa kapal berpatah balik, disahkan tidak menjangkiti Covid-19 selepas sampelnya diuji semula.

Penumpang yang dihubungi Berita Harian (BH) juga sudah selamat pulang ke rumah selepas mereka diarahkan meninggalkan kabin masing-masing secara bertahap pada 7.30 malam kelmarin. Mereka telah berkurung sejak kapal itu mendarat pada 8 pagi.

Encik Muhammad Rezal Ramli, seorang pegawai pembangunan pelajar berusia 40 tahun, berkata:

"Kami bersyukur sekali dapat pulang dan semasa kami meninggalkan kabin di dalam kapal itu keadaannya tenang dan teratur.

"Pada mulanya keadaan agak sesak sedikit, kerana terdapat ramai penumpang yang keluar sekali gus.

"Saya pun amat prihatin sekiranya kami mendekati orang lain semasa beratur untuk mendapatkan ujian ART (Ujian Pantas Antigen) itu," katanya yang berada dalam kapal persiaran itu bersama isteri dan dua anaknya untuk bercuti.

Mereka diarah keluar dari kabin pada 9.20 malam kelmarin.

"Tapi prosesnya bertambah cepat pada peringkat terakhir sebelum kami mengambil ujian ART pada 10.15 malam, dan semuanya berjalan dengan lancar.

Encik Rezal berkata, keluarganya dapat meninggalkan Pusat Kapal Persiaran Marina Bay pada 10.45 malam sebelum menaiki Grab hingga sampai ke rumah pada 11 malam.

Seramai 1,680 penumpang dan 1,148 kakitangan berada dalam kapal berkenaan apabila ia diarah berpatah balik ke Singapura selepas seorang penumpang warga emas disahkan positif Covid-19 kelmarin.

Namun setelah sampel PCR pesakit itu diuji semula, Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkannya negatif pada malam itu dan setelah diuji sekali lagi semalam, ia disahkan tidak dijangkiti Covid-19.

Encik Rezal berkata keluarganya akan mengurangkan pergerakan luar rumah dan memantau kesihatan mereka buat sementara ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau memberitahu tiada kemas kini yang diterimanya sehingga petang semalam mengenai perubahan langkah pemantauan kesihatan.

Beliau juga mengeluh kerana rancangan cuti bersama keluarga terpaksa dibatalkan.

"Secara keseluruhan, ia tetap merupakan pengalaman yang unik buat kami, cuma ia sedikit mengecewakan. Yang penting kami selamat dan baik-baik sahaja," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3