Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANALISIS BERITA

Lega dengan peraturan baru tapi kekal berwaspada

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



IA mungkin satu langkah penting ke arah dunia pascaCovid-19, namun ia juga pendekatan yang diambil secara berhati-hati.



Mulai semalam, penggunaan pelitup di kebanyakan kawasan tertutup tidak lagi diwajibkan sejajar dengan bilangan kes Covid-19 yang semakin reda.



Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, berkata orang ramai bagaimanapun harus terus memakai pelitup semasa menaiki pengangkutan awam seperti bas dan MRT.



Orang ramai juga harus terus memakai pelitup di tempat penjagaan kesihatan seperti klinik dan hospital serta rumah jagaan.



Pelitup juga diperlukan bagi pengendali makanan bagi mengekalkan piawaian kebersihan.



Sepanjang dua tahun lalu, wabak Covid-19 telah memaksa pemerintah untuk melaksanakan pelbagai sekatan bagi memperlahankan jika tidak menghentikan penyakit ini daripada merebak.



Selain pemutus litar, terdapat juga langkah menghadkan jumlah orang yang boleh berkumpul pada satu-satu masa, dan memakai pelitup di tempat awam dan tertutup.



Namun sedikit demi sedikit, sekatan tersebut mula dilonggarkan termasuk pemakaian pelitup di tempat tertutup.



Pada masa yang sama negara ini turut memperkenalkan vaksinasi terhadap Covid-19 (termasuk penggalak) yang bermula dengan golongan dewasa dan kemudian disusuli pula dengan kanak-kanak.



Dalam sidang media itu, Encik Wong berkata kelonggaran terhadap pemakaian pelitup itu dibuat sejajar dengan keadaan pandemik yang semakin baik, namun beliau menambah warga Singapura harus bersedia jika varian Covid-19 yang akan datang menjadi lebih agresif dan berbahaya.



"Secara keseluruhannya, langkah pengurusan selamat (SMM) kita telah menyumbang kepada kebaikan dan memastikan kita selamat.



"Kita kini telah menamatkannya di kebanyakan sekitaran masyarakat sedang negara ini terus menuju ke arah kehidupan normal dengan Covid-19.



"Namun terdapat juga varian baru yang timbul, dan sekiranya ada ancaman gelombang atau varian baru yang berbahaya, kita mungkin terpaksa perkenalkan semula SMM atau pertingkat langkah dengan pantas untuk memastikan keselamatan masyarakat," ujar Encik Wong dalam sidang media itu.



Langkah seperti melonggarkan sekatan kepada had orang ramai berkumpul dan pemakaian pelitup secara bertahap jelas menunjukkan sikap berhati-hati pemerintah bagi memastikan masyarakat bersedia untuk menyesuaikan diri dengan "dunia baru" ini.



Tiada siapa yang dapat jangkakan apa yang akan berlaku dalam jangka masa terdekat atau panjang.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, sendiri telah mengingatkan bahawa Singapura harus mempersiapkan diri untuk "gelombang musim sejuk hemisfera utara" pada akhir tahun yang mungkin daripada varian baru. Beliau menyatakan Amerika Syarikat, Britain dan Eropah sedang bersiap sedia untuk menghadapinya.



Dengan anggaran 70 peratus daripada penduduk sudah dijangkiti Covid-19, gelombang Covid-19 seterusnya sekiranya ia merebak dengan banyak, mungkin menyebabkan banyak jangkitan semula, kata Encik Ong semasa sidang media itu.



Bila ia akan berlaku dan mungkinkah sekatan lebih akan diperkenalkan semula di negara ini?



Tiada siapa yang tahu jawapannya.



Yang pasti masyarakat perlu sentiasa amalkan sikap berwaspada termasuk menjaga kebersihan dan bersedia menghadapi lebih banyak perubahan dalam langkah-langkah yang diperkenalkan pemerintah - demi kesejahteraan dan keselamatan rakyatnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >