Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lega ibu 93 tahun sudah divaksin, pulih selepas dijangkiti Covid-19

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



APABILA Encik Fuad Zoso mendapat berita kakaknya diuji positif bagi Covid-19, beliau mula rasa gelisah dan bimbang.



Ini kerana ibu beliau yang berusia 93 tahun, Cik Muna Ahmad, tinggal serumah dengan kakaknya dan beliau khuatir ibunya akan turut dijangkiti.



Malangnya, perkara yang tidak diingini itu menjadi nyata selepas Cik Muna, yang sudah divaksin sepenuhnya, turut diuji positif bagi koronavirus menggunakan Ujian Pantas Antigen (ART).



"Saya risau sangat sebab mak saya dah tua. Apabila kita dengar berita, kita semua jadi kelam kabut.



"Kita takut keadaan mak akan jadi semakin teruk, tapi mak memang dah dapatkan dua dos vaksin sebelum ini," kata Encik Fuad, 59 tahun, sambil menambah ibunya mengalami demensia.



Menyusuli itu, kakak beliau telah menghubungi Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mendapatkan arahan bagi langkah seterusnya yang perlu diambil.



Pada hari selanjutnya, ambulans datang untuk membawa ibunya ke Hospital Tan Tock Seng, manakala kakaknya pula dihantar ke kemudahan rawatan di Changi.



Ibu Encik Fuad berada di hospital sepanjang 10 hari, di mana beliau mengalami demam panas selama beberapa hari.



"Yang sedihnya, anak-anak tidak boleh jumpa mak di hospital. Mak pun terfikir apa yang berlaku, kenapa anak-anak tinggalkan dia begitu saja dan dia asyik bertanya tentang kita. Kita cuma boleh dapat berita daripada kakak saya yang hubungi doktor di hospital," kata beliau.



Mujur, selepas 10 hari, ibu dan kakak Encik Fuad diuji negatif bagi Covid-19 dan dibenar keluar dari hospital dan kemudahan rawatan.



Walaupun dalam keadaan lemah dan enggan makan pada mulanya, Encik Fuad berkata keadaan ibunya kini semakin beransur pulih dan beliau kita mula makan makanan yang dikisar.



"Alhamdulillah, mak saya dalam keadaan lebih sihat sekarang. Yang penting, kita semua ikut protokol supaya tak ada masalah. Nasib baik juga mak saya telah dapatkan vaksin cepat-cepat pada awal tahun dan keadaannya tidak begitu teruk (apabila dijangkiti Covid-19)," kata beliau.



Dalam pada itu, walaupun beliau akur tidak pasti, Encik Fuad berkata kakak beliau mungkin dijangkiti Covid-19 di tempat kerjanya di sebuah spa kerana banyak berinteraksi dengan pelanggan.



Beliau telah berjumpa doktor pada 27 September kerana demam setelah mendapatkan dos ketiga vaksin.



Doktor telah melakukan ujian ART, yang kembali positif bagi Covid-19.



"Kakak saya terus panik dan menangis, dan mula hubungi semua adik-beradik sebab kami adik-beradik berganti-ganti jaga mak di rumahnya apabila dia bekerja," kata Encik Fuad, yang merupakan anak bongsu dalam lapan beradik.



Beliau sendiri dengan segera telah pergi ke rumah kakaknya pada hari itu untuk memastikan ibu dan kakaknya dalam keadaan baik.



Kesemua adik-beradiknya dan ahli keluarga lain yang telah mengunjungi rumah kakaknya itu juga telah melakukan ujian ART di rumah masing-masing dan mujur, tidak ada seorang pun yang dijangkiti Covid-19, kata Encik Fuad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >