Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELONGGARAN SEKATAN COVID-19

Lega majlis kahwin boleh lebih ramai tetamu, di HDB

Oct 22, 2020 | 05:30 AM



SETELAH lama menanti, pasangan Nur Diyanah Anuar dan Muhammad Faris Matin Roslee kini boleh menarik nafas lega kerana akhirnya boleh mengadakan majlis perkahwinan mereka dalam masa terdekat, tanpa perlu berbelanja besar.



Ekoran langkah ketat yang dilaksana pemerintah bagi membendung penularan Covid-19, mereka menangguhkan perkahwinan mereka yang dirancang Ogos lalu ke Januari tahun depan.



Cik Diyanah juga membatalkan tempahan dewan serba guna berdekatan rumahnya di Chua Chu Kang.



"Memang rancangan saya ialah mengadakan majlis perkahwinan kami di dewan serba guna kerana kawasannya lebih luas berbanding tempat tertutup lain," kata Cik Diyanah, 25 tahun.



Oleh itu, bakal pengantin itu dan penyedia khidmat perkahwinan menyambut baik kelonggaran yang kini membenarkan majlis perkahwinan diadakan di kawasan awam HDB, seperti kolong blok dan dewan serba guna.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan kelonggaran itu, tertakluk pada kelulusan daripada majlis bandaran.



Dalam kenyataannya, MOH berkata majlis itu harus dikendalikan oleh penganjur majlis perkahwinan berdaftar atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan, dengan had 100 hadirin (termasuk pasangan pengantin tetapi tidak termasuk vendor) dan langkah pengurusan selamat.



Pasangan mempelai dan penganjur majlis perkahwinan perlu menyerahkan butiran acara kepada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) terlebih dahulu dan mendapatkan surat pengesahan sebelum ke majlis bandaran.



Pemilik Puteri Wedding Services, Cik Aishah Jaafar, berkata kelonggaran itu satu langkah baik kerana ia memberi pasangan pilihan dan meringankan tekanan yang mungkin dirasakan mereka apabila memikirkan tentang perbelanjaan.



"Tidak semua mampu menganjurkan majlis perkahwinan di hotel, jadi dengan pengumuman ini, mereka dapat menarik nafas lega," katanya.



Mengalu-alukan kelonggaran itu, pemilik Irmaya Wedding Gallery, Cik Nurmaya Mohd Salleh, berkata: "Sejak berita itu diumum, saya menerima banyak panggilan daripada pelanggan yang gembira dan mahu mendapatkan perincian lanjut."



Beliau dan Cik Aishah kini menanti pihak berkuasa memberi penjelasan lanjut.



Mereka juga berharap setelah keadaan bertambah lebih baik dan Singapura memasuki fasa tiga pembukaan semula ekonomi, bilangan tetamu boleh ditambah lagi.



"Kita juga perlu melihat soal kos bagi mengadakan majlis perkahwinan, kerana ada pelanggan berpendapat jumlah 100 tetamu tidak memadai dengan apa yang telah mereka bayar," ujar Cik Aishah.



Difahamkan bahawa DPPMS akan mengongsi butiran lanjut kepada penyedia khidmat perkahwinan hari ini. Dalam satu kenyataannya semalam, presiden DPPMS, Encik Farid Khan, melahirkan penghargaannya terhadap sokongan pihak berkuasa membenarkan majlis perkahwinan di tempat awam HDB, sambil berkata mereka akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk memudahkan urusan ini.



"Bergerak ke hadapan, kami akan mengerahkan sumber yang diperlukan untuk bekerja rapat dengan pihak relevan (seperti penganjur majlis perkahwinan dan syarikat yang menawarkan khidmat berkaitan) dalam proses permohonan, dan menyiapkan rancangan komprehensif selaras dengan langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada.



"SMCCI berharap pengumuman ini dapat membantu anggota kami dalam perniagaan mereka dan juga masyarakat yang lebih besar, untuk bergerak ke arah norma baru ini," ujarnya.




"Bergerak ke hadapan, kami akan mengerahkan sumber yang diperlukan untuk bekerja rapat dengan pihak relevan (seperti penganjur majlis perkahwinan dan syarikat yang menawarkan khidmat berkaitan) dalam proses permohonan, dan menyiapkan rancangan komprehensif selaras dengan langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada. "
- Encik Farid Khan, Presiden DPPMS.




MAKLUMAT LANJUT



Bermula esok (23 Oktober), maklumat lanjut akan dikongsi di laman smcci.org.sg/wedding.



Permohonan mendapatkan surat pengesahan daripada DPPMS boleh dibuat mulai 9 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >