Lega pelajar setempat selamat pulang dari Timur Tengah: Masagos, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lega pelajar setempat selamat pulang dari Timur Tengah: Masagos

Apr 25, 2020 | 10:21 AM

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad meluahkan kesyukuran setelah pelajar Singapura dari Timur Tengah selamat kembali ke tanah air.

Dalam satu catatan Facebook beliau pagi tadi (25 Mei), Encik Masagos berkata beliau turut bangga dengan kematangan pelajar yang terdiri daripada kumpulan 85 warga dan penduduk Singapura yang tiba pagi semalam.

“Saya bangga pelajar-pelajar tersebut menunjukkan kematangan kerana memilih keselamatan diri, walaupun mungkin terpaksa menangguh pembelajaran mereka.

“Saya berasa amat lega, memandangkan mereka kini berada di negara kita, dan boleh mendapat bantuan yang sewajarnya,” tulisnya.

Encik Masagos berkata usaha membawa pulang rakyat dan penduduk Singapura ini dari Timur Tengah adalah hasil kerja keras pihak seperti Menteri Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau turut melahirkan harapan agar mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga untuk “menjalankan ibadah Ramadan bersama keluarga tersayang” selepas menjalani pengasingan diri selama 14 hari di sebuah kemudahan khas.

Dalam pada itu, Encik Masagos sekali lagi menggesa masyarakat Islam di Singapura agar terus mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan agar kehidupan boleh kembali seperti sedia kala dengan secepat mungkin, meskipun perlu membuat pengubahsuaian pada Ramadan ini.

“Dalam kesibukan seharian, marilah kita mengambil kesempatan masa ini untuk mempertingkatkan ibadah kita sambil mengeratkan silaturahim sesama keluarga terdekat,” ujarnya. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map