Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Legenda Geylang International 'turun padang' sebar mesej anti-dadah

Apr 04, 2022 | 05:30 AM



MENYEBARKAN mesej antidadah sambil menghidupkan semangat Ramadan - ini yang dilakukan sekumpulan bekas pemain bola sepak Geylang International pada hari pertama masyarakat Islam di sini berpuasa semalam.



Ini kali pertama bekas pemain bola sepak itu menyertai usaha pendekatan kempen 'Dadah Itu Haram'.



Bekas pemain bola sepak itu, termasuk Samsudin Rahmat, Bashir Khan, Malek Awab, Sudiat Dali dan Samad Allapitchay, menyingsing lengan mengagih 400 paket bubur kepada orang ramai di Kampong Glam Cafe dengan disertai anggota Football Coaches Old Boys.



Mereka turut disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



"Saya tersentuh apabila legenda bola sepak dan ikon masyarakat kita tampil berkongsi nikmat Ramadan dengan mengagihkan bubur, serta pada masa yang sama menyebarkan mesej 'Dadah Itu Haram'," ujarnya.



Samsudin, yang menyelaras usaha itu, berkata mereka mulanya hanya merancang mengagihkan bubur sempena Ramadan, namun tertarik dengan usaha 'Dadah Itu Haram'.



"Kami rasa ini satu cara baik untuk kami bekerjasama menyampaikan mesej antidadah ini," katanya.



Dr Faishal turut menyertai pemilik Restoran Islamic, Encik Kalil A. Wahab, mengagihkan nasi beriani percuma kepada orang ramai di restoran itu semalam sambil menyebarkan mesej antidadah.



Beliau juga bertemu orang ramai di kawasan itu, termasuk di restoran Al-Tasneem, Victory dan Zam Zam, untuk berkongsi maklumat tentang bahaya dadah.



"Kami telah bekerjasama dengan rakan kerja kami dan kami terus menjalin hubungan dengan rakan kerja baru serta memikirkan bagaimana memperluas usaha pendekatan kami menyebarkan mesej ini," ujar Dr Faishal sambil menambah, responsnya positif sejauh ini dengan orang ramai memberi sokongan baginya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >