Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Legenda hidup Akademi Polis Lama ucap selamat tinggal

Jul 31, 2017 | 05:30 AM



Sempena ulang tahun Perkhidmatan Negara yang ke-50 (NS50), pelbagai daya usaha dan acara telah dan akan dianjurkan sepanjang tahun ini. Antaranya termasuk acara perjumpaan di Akademi Polis Lama (OPA) di Thomson Road pada 22 Julai lalu. Selama 76 tahun - dari 1929 hingga 2005 - puluhan ribu pegawai polis telah menjalani latihan di OPA. Namun selepas ini, ia akan memberi laluan kepada projek pembangunan semula. Ikuti laporan ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) tentang pengalaman jurulatih dan pelatih yang pernah melalui latihan di OPA.



BELIAU telah melatih dan mengasuh ribuan rekrut termasuk tokoh pemimpin negara seperti Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat; dan Hakim Besar Sundaresh Menon di Akademi Polis Lama (OPA) dekat Thomson Road.



Malah, di kolam renang di OPA itu jugalah, Encik Sri Kanthan Chelliah, 67 tahun, bertemu seorang gadis, Cik Mlliha V. Ramasamy, yang kemudian menjadi isterinya.



Mereka bertemu pada 1976 semasa Cik Mlliha menjalani latihan sebagai pelatih pasukan polis Penguasa Pelabuhan Singapura dan Encik Sri Kanthan menyelamatkannya semasa satu kelas renang.



Mereka kemudian berkahwin dan pasangan itu dikurniai dua anak perempuan. Isterinya meninggal dunia pada 2014.



Namun, baru-baru ini, Encik Sri Kanthan mengucapkan selamat tinggal kepada OPA yang beliau anggap sebagai rumah keduanya.



Buat kali terakhir, pintu masuk OPA dibuka bagi menyambut lebih 4,000 anggota kerahan polis yang masih berkhidmat dan sudah bersara serta keluarga mereka dalam satu acara perjumpaan pada 22 Julai lalu sebelum ia memberi laluan kepada projek pembangunan semula selepas ini.



OPA merupakan tempat latihan rasmi bagi pegawai polis dari 1929 hingga 2005.



Ia juga merupakan rumah kedua kepada legenda hidup OPA seperti Encik Sri Kanthan yang menyertai Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 1971.



Beliau antara lain bertanggungjawab melatih rekrut di OPA selama sekitar 25 tahun.



Encik Sri Kanthan yang turut berkhidmat di unit lain bersara daripada SPF pada 2004 selepas berbakti selama lebih 33 tahun.



Dikenali sebagai 'harimau kumbang' atau 'black panther', namanya boleh membuat sesetengah anggota kerahan polis 'menggigil' kerana reputasinya yang amat menitikberatkan disiplin pelatih.



"Bagi saya, disiplin pelatih itu amat penting. Ini kerana kalau pegawai polis itu sendiri tidak dapat menuruti peraturan semasa menjalani latihan, bagaimana mereka akan menguatkuasakan undang-undang nanti?



"Kadang-kadang saya akan berdiri di satu sudut untuk melihat pukul berapa mereka melaporkan diri. Apabila mereka melihat saya, saya rasa mereka bukan takut tetapi rasa hormat.



"Sama ada mereka pegawai Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) atau pegawai tetap, baik pegawai baru mahupun pegawai kanan, saya tidak akan teragak-agak mendenda mereka jika mereka tidak mematuhi peraturan," kata Encik Sri Kanthan.



Malah, beliau yang tinggal di Onraet Road - tidak jauh dari OPA - dahulu juga meluangkan masa di luar waktu kerjanya untuk kembali ke OPA pada tengah malam untuk memeriksa pelatih di bawah jagaannya.



Selain dikenali dengan sifatnya yang tegas, beliau juga dikenali dengan sifatnya yang adil dan berdedikasi.



Hasil bimbingannya juga, Encik Sri Kanthan telah membentuk kerjaya dan kehidupan ramai pegawai daripada pelbagai generasi.



Beliau juga tidak membezakan latihan antara pegawai wanita dengan lelaki.



"Bagi saya, jika mereka akan berkhidmat sebagai pegawai polis, mereka juga harus sama berupaya seperti pegawai lelaki," katanya.



Meskipun sudah lebih 10 tahun beliau meninggalkan SPF, ramai anak didiknya masih mengingati jasa beliau sehingga kini dan akan menegurnya apabila terserempak dengannya di luar.



"Ini yang membuat saya rasa penuh emosi dan cukup gembira," ujar Encik Sri Kanthan.




"Bagi saya, disiplin pelatih itu amat penting. Ini kerana kalau pegawai polis itu sendiri tidak dapat menuruti peraturan semasa menjalani latihan, bagaimana mereka akan menguatkuasakan undang-undang nanti? Kadang-kadang saya akan berdiri di satu sudut untuk melihat pukul berapa mereka melaporkan diri. Apabila mereka melihat saya, saya rasa mereka bukan takut tetapi rasa hormat."
- Encik Sri Kanthan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >