Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 22 tahun bakal didakwa atas kesalahan kongsi foto dan video lucah di platform OnlyFans

Dec 29, 2021 | 07:52 PM



SEORANG lelaki berusia 22 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (30 Disember) kerana didakwa memuatnaikkan foto dan video kemaluannya ke platform dalam talian OnlyFans.



Lelaki yang ditangkap pada Rabu (29 Disember), dipercayai adalah penjana kandungan OnlyFans pertama di sini yang dihadapkan ke mahkamah kerana memuatnaikkan bahan lucah dalam platform tersebut.



Polis, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata mereka menerima laporan pada 4 September lalu bahawa lelaki itu telah mengirim bahan lucah menerusi akaun OnlyFans miliknya.



Polis telah merampas akaun itu pada 11 Oktober dan memberi arahan agar lelaki itu tidak menggunakan akaunnya lagi.



Dia diberi amaran bahawa pelanggaran perintah itu merupakan satu kesalahan jenayah.



Namun, lelaki itu dikatakan telah menghubungi pentadbir OnlyFans secara bertulis, mendakwa akaunnya tidak selamat dengan kata laluannya memerlukan proses set semula.



Selepas mendapat akses akaun tersebut, lelaki itu dikatakan terus memuatnaikkan lebih banyak bahan lucah dengan menggunakan akaun itu dan akaun sampingannya.



Kerana didapati gagal mematuhi perintah polis untuk tidak menggunakan akaun OnlyFans, dia boleh dihukum penjara hingga enam bulan, didenda hingga $5,000 serta kedua-duanya sekali.



Jika didapati bersalah memuatnaikkan bahan lucah, dia boleh dihukum atas dua kesalahan yang membawa pada hukuman hingga tiga bulan penjara, denda atau kedua-duanya sekali.



Pada 1 November lalu, lelaki itu diberi perintah baru untuk tidak menggunakan akaun OnlyFans itu. Polis sedang menyiasat jika ada pelanggaran perintah.



Polis menjelaskan, adalah salah untuk mengirim atau memuatnaikkan sebarang bahan lucah secara elektronik, terlibat atau menerima keuntungan daripada sebarang perniagaan yang membabitkan pemindahan bahan tersebut atau langkah mengiklankan penjualan bahan lucah.



Sesiapa yang mengetahui akan individu yang melakukan kegiatan sedemikian boleh membuat laporan polis.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >