Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 23 tahun didakwa curi motosikal di Clementi

Mar 12, 2022 | 12:01 PM



POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 23 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal.



Dalam kenyataan pada Jumaat (11 Mac), polis menjelaskan pada 5 Mac 2022 sekitar 5.25 petang, pihaknya telah menerima laporan mengenai motosikal yang dicuri daripada tempat meletak kereta berbilang tingkat sekitar Clementi Avenue 1.



Menerusi pertanyaan kepada orang ramai dan dengan bantuan gambar daripada kamera polis, pegawai Divisyen Polis Clementi dapat mengesahkan identiti lelaki berkenaan dan memberkasnya pada 11 Mac 2022.



Lelaki ini didakawa di mahkamah pada Sabtu (12 Mac) di atas kesalahan mencuri motosikal di bawah Seksyen 379A, Kanun Keseksaan 1871.



Kesalahan mencuri motosikal membawa pada hukuman hingga tujuh tahun dan denda.



Polis ingin menasihati semua pemilik motosikal agar mengambil langkah pencegahan jenayah berikut.



a) Letakkan motosikal anda di tempat yang terang



b) Pasang penggera anti-kecurian pada motosikal anda.



c) Gunakan kanvas motosikal untuk menutupi motosikal anda,memastikan bahagian kanan dan kirinya ditutup rapi.



d) Gunakan alat pengunci tambahan seperti kunci brek cakera atau memasang ampaian penghadang.



e) Menarik keluar kunci dan mengunci motosikal itu bila-bila masa tiada yang menggunakannya atau jika ia terbiar tanpa dipantau sesiapa.



f) Jangan biarkan kunci tambahan terbiar dalam kotak simpanan motosikal.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >