Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 26 tahun ditangkap atas tindakan kasar sehingga mencederakan, kesalahan dadah

Dec 28, 2020 | 10:56 PM



POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 26 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes bertindak terburu-buru yang menyebabkan kecederaan dan kesalahan yang bersangkutan dengan dadah.



Dalam satu kenyataan pada Isnin malam (28 Disember), polis menjelaskan lelaki itu diburu polis kerana melarikan diri daripada pampasan bagi kes yang masih belum terhurai kerana mencederakan secara sengaja menggunakan senjata merbahaya dan memandu sedang dia tidak dibenarkan berbuat demikian.



Dia juga dicari Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana gagal melaporkan diri bagi ujian air kencing dan pengambilan dadah.



Lelaki ini, tambah polis, ditangkap pada 28 Disember, sekitar 4 pagi apabila polis mengendalikan operasi bagi menahan lelaki itu di lelapang tempat meletak kereta sepanjang Bukit Batok Street 33.



Pegawai polis cuba mendekati lelaki itu tetapi dia gagal memberi kerjasama dan cuba melarikan diri dengan memandu keretanya. Dia kemudian melanggar tujuh kenderaan yang diletakkan di lelapang itu dan sebuah kenderaan polis.



Dua pegawai polis berusia 27 dan 33 tahun dicederakan oleh lelaki berkenaan sewaktu kejadian dan dihantar ke Hospital Ng Teng Fong dalam keadaan sedar. Mereka telah pun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan bagi kecederaan yang dialami.



Pihak polis dengan segera telah menjalankan operasi serata pulau bagi mencari lelaki ini dengan kenderaan yang dipandunya ditemui di Blok 257, Jurong East Street 24 sekitar 5.10 pagi Isnin.



Dengan bantuan foto-foto daripada kamera polis, pegawai polis telah mengesahkan bahawa lelaki itu telah memasuki sebuah unit perumahan di blok berkenaan.



Dia kemudian diberkas di unit itu atas kesalahan bertindak terburu-buru sehingga menyebabkan kecederaan dan kesalahan berkaitan dengan dadah.



Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada 30 Disember di atas dua kesalahan bertindak terburu-buru sehingga mencederakan individu lain di bawah Seksyen 337(a) Kanun Keseksaan. Kesalahan itu membawa pada penjara sehingga setahun atau denda yang boleh mencecah $5,000 atau kedua-duanya sekali.



Siasatan masih dijalankan. CNB juga sedang menyiasat kegiatan dadah lelaki ini.



Komander Divisyen Ang Mi Kio, Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis, Zed Teo, berkata:



"Pihak polis telah berjaya menahan lelaki yang disyaki walaupun dalam keadaan dinamik lagi mencabar. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang secara terang-terangan tidak mempedulikan undang-undang dan mengancam keselamatan dan kesejahteraan kejiranan kita." 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >