Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 33 tahun ditangkap dalam kes peras ugut rentas negara S'pura-M'sia

Jan 30, 2021 | 11:20 AM



SEORANG lelaki berusia 33 tahun telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam siri kes peras ugut dalam talian.



Dalam kenyataannya pada Sabtu (30 Januari), polis menjelaskan sekitar 10 malam pada 19 Oktober 2020, pihaknya menerima laporan seorang mangsa yang mengatakan dirinya diperas ugut seorang lelaki yang dikenali dalam aplikasi dating.



Mangsa mendakwa beliau diminta mengirimkan video memalukan dirinya kepada lelaki itu sebelum mereka bertemu. Lelaki itu juga memintanya bertemu di Malaysia.



Memandangkan wanita ini berada di Malaysia ketika itu, lelaki berkenaan menghantar seorang pemandu untuk mengambil wanita berkenaan. Mangsa juga diancam agar melakukan perbuatan seks bersama pemandu berkenaan sebagai jaminan video yang dikirimkan sebelum ini tidak akan disebarkan. Wanita ini mengikuti permintaan itu.



Selepas mangsa pulang ke Singapura, beliau mendakwa masih lagi menerima ancaman daripada lelaki yang sama, yang memintanya memindahkan wang kepada dirinya, sebagai memastikan video itu tidak disebar.



Antara Februari dengan Oktober 2020, wanita ini telah memindahkan sekitar $200,000 kepada akaun bank yang diberi lelaki itu.



Siasatan awal polis mendedahkan lelaki yang berkenalan dengan mangsa dalam talian dipercayai adalah pemandu yang dikatakan datang untuk mengambil wanita itu.



Menerusi siasatan lanjutan, pegawai polis Divisyen Polis Bedok sudah mengenal pasti identiti lelaki itu. Dengan bantuan Polis Diraja Malaysia, lelaki itu ditangkap pada 28 Januari 2021.



Dia dipercayai terlibat dalam beberapa kes lain melibatkan mangsa wanita. Siasatan masih dijalankan.



Lelaki ini akan didakwa di mahkamah pada 30 Januari atas kesalahan memerah ugut. Kesalahan melakukannya membawa pada hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta rotan. 



Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Julis Lim, yang juga Komander Divisyen Polis Bedok, berkata:



"Bagi pihak Pasukan Polis Singapura, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia kerana bantuan yang tidak ternilai dalam membantu memungkinkan penangkapan ini. Ini adalah satu lagi contoh persahabatan dan kerjasama yang terbina antara kedua-dua agensi penguatkuasaan undang-undang selama bertahun lamanya.



"Penjenayah rentas negara yang bertujuan membahayakan penduduk kita harus menjangkakan keupayaan kuasa polis menjejak dan menangkap mereka."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >