Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 40 tahun didakwa buang kucing dari tingkat 13 di Yishun

Dec 29, 2015 | 11:47 AM



SEORANG lelaki berusia 40 tahun didakwa melakukan kekejaman haiwan pada pagi Selasa (29 Dis) dengan membuang seekor kucing dari tingkat 13 sebuah blok HDB di Yishun.


Lee Wai Leong, yang tidak mengemukakan rayuan, menjadi orang pertama diheret ke mahkamah di bawah Akta Haiwan dan Burung Akta baru, yang dipinda tahun lalu bagi menguatkan hukuman terhadap mereka yang disabitkan dengan kekejaman haiwan.


Dia didakwa membuang kucing dewasa jenis Mackerel Tabby itu dari tingkat 13 Blok 115b Yishun Ring Road pada 10.30 pagi pada 30 Oktober. Kucing itu mati.


Hakim Daerah Janet Wang membenarkan permohonan pendakwaan untuk menahan reman Lee dua minggu bagi penilaian psikiatri di Institut Kesihatan Mental (IMH).


Kesnya akan disebut dalam mahkamah sekali lagi pada 12 Januari.


Sepanjang tiga bulan lalu, 19 kucing - kebanyakannya sesat - ditemui mati atau cedera parah di Yishun. Hanya dua terselamat.


Dalam kejadian terkini, bangkai seekor kucing kelabu ditemui terapung di kolam Yishun di sebelah Hospital Khoo Teck Puat Sabtu lalu.


Dua minggu lalu, Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Encik Louis Ng, seorang aktivis haiwan, mengumumkan bahawa sebuah pasukan tindak balas cepat akar umbi telah dibentuk bagi mengumpul bukti dan menjalankan rondaan.


Kamera resolusi tinggi tambahan juga telah dipasang di kawasan itu.


Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (28 Dis), Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dan polis berkata berikutan laporan mengenai kes-kes itu, polis menjalankan siasatan luas dan mengenal pasti identiti suspek.


Dia kemudian ditangkap pada Ahad lalu di Yishun Ring Road.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kekejaman haiwan boleh menghubungi AVA di 1800-476-1600.


Hukuman maksimum bagi kesalahan pertama melakukan perbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan terhadap haiwan ialah penjara 18 bulan dan denda $15,000.


Kesalahan kedua membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda $30,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >