Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 41 tahun mungkin mangsa korban pertama kebakaran PMD di Singapura

Jul 22, 2019 | 11:57 AM



SEORANG penduduk Bukit Batok mungkin mangsa korban pertama kebakaran yang disebabkan kebakaran dari Alat Mobiliti Peribadi (PMD) yang sedang dicas.



Encik Goh Keng Soon, 41 tahun, tidak sedarkan diri semasa diselamatkan anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dari flatnya yang terbakar di Bukit Batok awal Khamis lalu. 



Encik Goh, yang mengalami kebakaran teruk pada 40 peratus badannya, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) tengahari Sabtu lalu. 



Sebelum itu, beliau bekerja sebagai pemandu kereta sewa, menurut laporan Shin Min Daily News semalam. 



Selepas kejadian tersebut, Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok Murali Pillai menulis dalam satu pos di Facebooknya bahawa “punca kebakaran dikesan dari dua skuter elektronik.” 



Menurut laporan The New Paper, punca kematian Encik Goh hanya boleh disahkan selepas siasatan dan laporan koroner dikeluarkan. 



Kebakaran yang berpunca dari PMD yang dicas semakin kerap sekarang setelah populariti alat tersebut meningkat. 



Tahun lalu, terdapat 74 kebakaran seperti itu, meningkat 51 peratus berbanding 49 kes pada 2017. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >