Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 44 tahun meninggal dunia dek Covid-19; ujian bagi kakitangan, pengunjung FairPrice di 166 Bukit Merah Central

Jun 21, 2021 | 11:49 PM



SEORANG lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan Covid-19 Ahad lalu, dedah Kementerian Kesihatan pada Isnin (21 Jun).



Lelaki itu, yang merupakan penduduk tetap di sini dimasukkan ke Hospital Alexandra pada 25 Mei lalu dan disahkan dijangkiti Covid-19 keesokan harinya.



Kematian itu menjadikan angka korban koronavirus di Singapura seramai 35 mangsa.



"Beliau belum divaksinasi dan mempunyai sejarah kencing manis," kata MOH dalam kenyataannya.



Ia menambah bahawa Hospital Alexandra telah menghubungi keluarga pesakit itu dan sedang membantu mereka.



Sementara itu, operasi ujian khas akan dijalankan bagi semua kakitangan dan pengunjung pasar raya FairPrice di 166 Bukit Merah Central antara 3 Jun dengan 21 Jun.



MOH juga berkata lagi lima orang dimasukkan ke dalam kelompok jangkitan Pasar dan Pusat Makan Bukit Merah View, menjadikan jumlah kelompok itu sebanyak 78.



Lima kes itu merupakan antara 10 kes berkait yang diumumkan hari ini.



Antara kes kelompok tersebut termasuk seorang lelaki warga Singapura berusia 71 tahun yang merupakan anggota keluarga satu lagi kes yang disahkan sebelum ini.



Terdapat tiga kes tidak berkait dan tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes baru hari ini sebanyak 16.



Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja migran.



Antara kes yang tiada kaitan ialah seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Mount Elizabeth Novena dan tidak terlibat secara langsung dalam menjaga para pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >