Seorang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai sejarah penyakit mental dan salah guna dadah dipercayai telah menyerang empat orang dengan pisau.
Polis berkata mereka memberi respon kepada serangan itu yang berlaku di sebuah unit kediaman di 2, Jalan Bukit Merah Road, sekitar 6 pagi pada Ahad (6 Jun).
Mangsa yang tercedera - dua lelaki berusia di antara 18 tahun dengan 24 tahun dan dua wanita berusia di antara 39 tahun dengan 59 tahun - telah dikejarkan ke hospital.
Suspek itu dipercayai tidak dikenali oleh mereka.
Lelaki itu yang bertindak bersendirian dan dipercayai di bawah pengaruh dadah, diberkas kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata yang merbahaya, kata polis.