Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 56 tahun ditemui meninggal dunia atas bangku luar Jurong Point

Jul 13, 2018 | 02:24 PM



SEORANG lelaki 56 tahun ditemui meninggal dunia di atas bangku di luar pusat beli-belah Jurong Point pagi tadi (13 Julai).



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang satu kes kematian luar biasa di pusat beli-belah di 1 Jurong West Central 2 itu sekitar 9 pagi.



Lelaki tersebut ditemui terbaring di atas bangku itu dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian, kata polis.



Seorang saksi memberitahu laman web Stomp bahawa beliau sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila beliau ternampak pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di kawasan itu.



Tambahnya, tubuh lelaki itu sudah pun ditutup dengan kain putih ketika itu.



Menurut akhbar The Straits Times, difahamkan kes ini tidak disyaki melibatkan perbuatan khianat.



Siasatan polis sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >