Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 60 tahun didakwa tipu lebih dari $98,000

Aug 03, 2020 | 04:01 PM



SEORANG lelaki berusia 60 tahun didakwa menipu 69 orang lebih dari $98,000 dalam satu penipuan melibatkan pakej haji dengan potongan harga. 



Mohd Ramlee Ab Samad, yang pernah menjadi pengarah di sebuah firma yang dikenali sebagai Cosmos Airfreight, dikatakan telah menipu mangsa sebanyak $400 dan $1,950 setiap seorang.



Dia juga didakwa menipu sekurang-kurangnya 15 yang lain untuk menyerahkan pasport mereka untuk penipuan yang sama.



Mohd Ramlee yang melakukan sebahagian besar kesalahan itu pada Ogos 2018 telah didakwa di mahkamah semalam dengan 85 tuduhan menipu.



Polis  menasihatkan orang ramai yang ingin menunaikan haji untuk membuat pertanyaan mengenai pendaftaran haji dengan Muis. 



Mohd Ramlee ditawarkan ikat jamin sebanyak $30,000 dan dia dijadualkan kembali ke mahkamah pada 31 Ogos.



Jika disabit kesalahan menipu seseorang untuk menyerahkan pasport mereka, Mohd Ramlee boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda bagi setiap tuduhan.



Sekiranya didapati bersalah atas kesalahan menipu seseorang, dia juga boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan didenda bagi setiap tuduhan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >