Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 66 tahun ditemui mati di kaki bangunan Hotel Fairmont

Jan 07, 2018 | 04:04 PM



SEORANG lelaki warga Singapura berusia 66 tahun ditemui meninggal dunia di kaki bangunan Fairmont Singapore pagi tadi (7 Januari).



Lelaki itu dikatakan merupakan tamu hotel tersebut.



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kes yang disifatkan sebagai kematian luar biasa itu sekitar 11 pagi.



Lelaki tersebut ditemui terbaring di kaki bangunan hotel di 80 Bras Basah Road itu dan beliau disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka telah mengerahkan sebuah ambulans dan motosikal bomba ke tempat kejadian.



Menurut akhbar The Straits Times, seorang doktor gigi berusia 25 tahun, Cik Samantha Tan, hendak masuk pusat beli-belah Raffles City melalui pintu masuknya dekat hotel itu apabila beliau terdengar bunyi yang kuat.



“Kejadian ini berlaku sekitar 15 meter dari saya. Apabila saya terdengar bunyi itu, pada mulanya saya fikir ia daripada kerja binaan.



“Namun, saya ternampak beberapa orang yang menghampiri tempat itu. Saya pun menghampirinya dan ternampak tubuh seseorang,” ujarnya.



Beliau kemudian berlari ke perhentian teksi berdekatan dan memberitahu seorang kakitangan hotel tentang kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >