Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 67 tahun didakwa cuba rompak kedai pajak Bedok North

Jul 15, 2019 | 03:27 PM



SEORANG lelaki yang cuba merompak kedai pajak Bedok North didakwa di mahkamah hari ini dengan satu tuduhan percubaan merompak. 



Omar Abdullah dikatakan menggunakan pisau memotong daging semasa dia mencuba, tetapi gagal, untuk memecahkan cermin bekas yang mengandungi barang kemas di kedai tersebut Jumaat lalu. 



Omar, 67 tahun, didakwa melakukan kesalahan tersebut di kedai pajak ValueMax di Blok 213, Bedok North Street 1 sekitar 2 petang hari itu. 



Sebelum itu, The Straits Times melaporkan bahawa menurut pekerja cawangan tersebut, seorang lelaki bertopeng telah memasuki kedai dan menghayun senjata tersebut. 



Mereka berkata dia kemudian menggunakan senjata itu untuk cuba memecahkan bekas kaca yang mengandungi barang kemas. 



Kaunter kaca yang dihentak itu retak tetapi tidak pecah, manakala senjata yang digunakan patah dua. 



Lelaki itu kemudian melarikan diri selepas mengutip senjatanya yang patah tanpa mengambil apa-apa dari kedai itu. 



Omar akan ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemerhatian psikiatrik dan kesnya ditangguh sehingga 29 Julai. 



Pesalah yang disabit kerana cuba merompak menggunakan senjata boleh dipenjara selama dua hingga tujuh tahun dan dan perintah sebat 12 kali.



Omar tidak boleh disebat kerana berusia 50 tahun ke atas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >