SEORANG lelaki berusia 68 tahun ditemui mati di bawah jejambat Braddell pagi tadi.
Pihak polis berkata mereka diberitahu tentang kes mayat ditemui di lokasi tersebut, berdekatan jalan susur keluar Eskpreswe Central (CTE).
Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di lokasi.
Polis sedang menyiasat.
Difahami tiada perbuatan khianat disyaki.