Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 69 tahun meninggal dunia akibat Covid-19; 3 kelompok baru diumum

Aug 11, 2021 | 11:19 PM



SEORANG warga Singapura berusia 69 tahun meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19 pada Rabu (11 Ogos).


Lelaki itu, yang belum divaksin, mengalami simptom pada 28 Julai dan dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng pada keesokan harinya, di mana beliau disahkan positif menghidap koronavrius itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu malam.


Beliau mempunyai sejarah strok, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi, dan merupakan kematian ke-43 akibat penyakit itu.


Tiga kelompok baru juga diumumkan oleh kementerian itu.


Salah satu daripadanya melibatkan Prasekolah Superland di Pusat Masyarakat Kreta Ayer, dengan empat kes dikaitkan dengannya.


Lagi dua kelompok dikaitkan dengan dua kes, dan mempunyai sembilan jangkitan yang dikaitkan dengannya.


Sejumlah 63 kes baru diumumkan pada Rabu. Dua daripadanya diimport, sementara 61 yang lain adalah kes dalam masyarakat.


Sebanyak 17 kes dalam masyarakat tidak berkait.


Secara keseluruhan, bilangan kes baru dalam masyarakat telah turun dari 758 kes dua minggu lalu ke 448 kes minggu lalu.


Bilangan kes yang tidak berkait dalam masyarakat juga turun dari 227 kes dua minggu lalu, ke 129 kes minggu lalu.


Buat masa ini, 508 kes dirawat di hospital. Terdapat 35 kes penyakit serius yang memerlukan sokongan oksigen, dan lapan orang berada dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).


Ini adalah penurunan daripada 11 di ICU pada Selasa. Daripada 43 kes itu, tujuh daripadanya telah menerima dua dos vaksin.


Di kalangan mereka yang jatuh sakit, 36 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun, dengan 29 daripada mereka  belum divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.


"Terdapat bukti yang berterusan bahawa hampir semua individu yang divaksin sepenuhnya tidak menderita penyakit serius apabila dijangkiti, kecuali jika mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih terjejas," kata MOH.


Ia menambah bahawa sepanjang 28 hari terakhir, 8.7 peratus daripada mereka yang tidak divaksin menjadi sakit teruk atau meninggal dunia, sementara bahagian (proportion) mereka yang telah divaksin sepenuhnya dalam kategori itu adalah 0.9 peratus.


Sehingga 10 Ogos, sejumlah 8,193,151 dos vaksin Covid-19 telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional, meliputi 4,383,631 individu, dengan 3,936,162 orang telah menerima dua dos vaksin.


Selain itu, 138,879 dos vaksin lain dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan sehingga 10 Ogos, merangkumi 82,406 individu.


Secara keseluruhan, 72 peratus daripada penduduk di sini telah selesai menerima dua dos vaksin, dan 81 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >