Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 72 tahun dipenjara 3 minggu kerana tumbuk pengguna kerusi roda yang menghidap palsi serebrum

Jul 27, 2022 | 10:35 PM



SEORANG lelaki warga emas menumbuk seorang pengguna kerusi roda yang mengalami palsi serebrum (atau cerebral palsy) sekali di mukanya semasa bertelingkah dengan mangsa pengsan seketika.

Encik Juraimi Jaafar, 48 tahun, mengalami patah hidung.


Penyerangnya, Abdul Rahman Mohamed Hanafiah, 72 tahun, pada Selasa  (26 Julai) dijatuhi hukuman penjara tiga minggu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menyerang.


Palsi serebrum ialah kecacatan fizikal yang menjejas pergerakan dan postur pesakit, menurut Cerebral Palsy Alliance Singapore, sebuah pertubuhan amal.


Mahkamah mendengar bahawa ibu Encik Juraimi adalah adik angkat Abdul Rahman.

Abdul Rahman pernah tinggal bersama pasangan itu di flat mereka.


Selepas berpindah, dia kadangkala kembali ke flat itu untuk memeriksa sama ada terdapat surat untuknya.

Abdul Rahman berada di kosong blok pada kira-kira 6.30 petang pada 3 Mac 2020, apabila Encik Juraimi, yang menggunakan kerusi roda bermotor, ternampak dia.


Beliau menjerit kepada Abdul Rahman dan menyuruhnya membersihkan barang-barangnya dari flat itu.


Timbalan Pendakwa Raya Wong Shiau Yin berkata: “Pertikaian berlaku. Tertuduh berang dan mula berjalan ke arah mangsa.


“Tertuduh menumbuk muka mangsa satu kali. Mangsa berasa pening dan pitam seketika.”

Encik Juraimi sedar tidak lama kemudian dan menyedari Abdul Rahman telah pergi.


Selepas mendapati hidungnya berdarah, Encik Juraimi meminta seorang penduduk untuk membantunya menghubungi polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >