Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 90 tahun yang telah menerima kededua dos vaksin meninggal dunia akibat Covid-19

Aug 17, 2021 | 11:09 PM



LELAKI berusia 90 tahun yang telah menerima kededua dos vaksin Covid-19 dan juga menghidap penyakit buah pinggang kronik dan tekanan darah tinggi meninggal dunia disebabkan komplikasi Covid-19 pada Selasa (17 Ogos), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Beliau merupakan pesakit pertama yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan berkaitan Covid-19 selepas melengkapkan vaksinasi.



Lelaki tersebut mula mengalami simptom pada 29 Julai, yang dikesan selepas beliau menjalani ujian Covid-19 pada 1 Ogos, sebagai sebahagian daripada ujian yang dijalankan dalam masyarakat.



Beliau sesak nafas dan pening pada 2 Ogos, dan dibawa ke Hospital Tan Tock Seng di mana beliau dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU) kerana mengalami sepsis dari radang paru-paru.



Beliau telah melengkapkan vaksin Covid-19 sebelum itu, namun lanjut usia dan menghidap penyakit buah pinggang kronik dan tekanan darah tinggi, menurut kenyataan MOH.



Seramai 45 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia akibat komplikasi secara keseluruhan.



Tiada kelompok baru dikesan pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >