Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki acu pisau ditembak polis di Pusat Polis Kejiranan Clementi

Feb 18, 2022 | 12:14 AM



SEORANG lelaki ditembak dalam satu jumpa semuka atau konfrontasi dengan pegawai polis di Pusat Polis Kejiranan Clementi, di Clementi Avenue 5 pada Khamis malam (17 Februari).



Dalam satu video yang dimuatnaikkan warganet Encik Benny Tan sekitar 11 malam, seorang lelaki kelihatan berjalan melintasi jalan raya menuju ke arah tiga pegawai polis berseragam sambil memegang pisau dengan tangan kanannya.



Sedang dia mengangkat tangannya untuk menusuk pisau itu ke arah salah seorang polis, tembakan kedengaran sebelum dia terketar-ketar berjalan dan rebah ke bumi.



Sekitar lapan lelaki termasuk beberapa pegawai berseragam menuju ke arah lelaki yang terjatuh dalam video itu yang dirakam seseorang daripada kenderaan yang melintasi kawasan itu.



Seorang jurucakap polis memberitahu media: "Polis telah menangkap lelaki yang mengacukan pisau di luar Divisyen Polis Clementi kerana disyaki terlibat dalam kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya serta menakut-nakutkan mengikut ketetapan jenayah.



"Lelaki itu sedang ditangani paramedik sebelum dibawa dalam keadaan sedar ke hospital. Kenyataan penuh akan dikeluarkan polis dalam masa terdekat."



Ibu pejabat Divisyen Polis Clementi berkongsi tapak yang sama dengan Pusat Polis Kejiranan Clementi,



Apabila akhbar The Straits Times tiba di tempat kejadian sebelum tengah malam, pegawai polis sedang meletakkan kad bukti di jalanan kawasan masuk balai polis itu.



Pegawai Polis Trafik juga sedang mengarah lalulintas agar tidak menghampiri lokasi itu.



Kad bukti diambil semula dari lokasi tersebut sekitar 12.10 tengah malam dengan pegawai polis turut menanggalkan pita polis daripada lokasi tersebut.



Kali terakhir pegawai polis menembak seorang lelaki adalah ketika satu serbuan di sebuah apartmen dijalankan di 235 Balestier Road pada 5 November 2020.



Lelaki itu ditembak di perut selepas dia menyerang seorang pegawai polis dan cuba merampas pistol seorang pegawai polis lain.



Dilaporkan bahawa lelaki itu berada dalam keadaan stabil.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >