Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki akan didakwa bagi ‘Insta-story’ yang sakiti perasaan agama

Dec 19, 2021 | 01:36 PM



SEORANG lelaki berusia 21 tahun akan didakwa atas kesalahan membuat pos ‘Insta-story’ dengan niat sengaja menyakiti perasaan keagamaan.



Dalam satu kenyataan pada Ahad (19 Dis), polis berkata ia telah menerima banyak laporan antara 7 hingga 8 Jun 2020 mengenai seorang pengguna Instagram yang “membuat komen tidak sensitif dan ancaman yang boleh mencetus keganasan terhadap masyarakat Islam”.



Pos tersebut juga mengandungi komen kebencian yang boleh menyakiti perasaan keagamaan, kata polis.



Menerusi siasatan, pegawai daripada Divisyen Polis Jurong mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya pada 8 Jun 2020. Satu komputer riba, satu lagi komputer dan telefon bimbit telah dirampas.



Kesalahan menyatakan perkataan dengan niat sengaja untuk menyakiti perasaan keagamaan mana-mana individu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan membawa hukuman jel hingga tiga tahun, denda, atau kededuanya. 



Lelaki itu juga akan menghadapi dua lagi tuduhan berasingan melakukan komunikasi menghina, yang dianggap sebagai mungkin menimbulkan gangguan, kecemasan, atau kebimbangan di bawah Akta Perlindungan daripada Ganggguan, yang boleh membawa denda hingga $5,000.



Dia juga menghadapi tuduhan memiliki filem lucah di bawah Akta Filem yang boleh membawa denda hingga $20,000 atau penjara hingga enam bulan, atau kededuanya.



“Polis memandang serius perbuatan yang berpotensi merosakkan keharmonian kaum dan agama di Singapura.



“Sesiapa yang mengucapkan atau mengambil tindakan yang boleh menimbulkan niat jahat dan permusuhan antara pelbagai kaum atau agama akan dikenakan tindakan tegas,” kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >