Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki akan didakwa di mahkamah beri maklumat palsu pada polis 'pekerja curi wang $2,800'

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki, 48 tahun, akan didakwa hari ini, atas kesalahan memberi maklumat palsu kepada polis.



Lelaki itu telah membuat laporan polis pada 6 Mac lalu dengan mendakwa salah seorang pekerjanya telah mencuri wang tunai sebanyak $2,800 daripada seorang teman kerja, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Siasatan polis mendapati bahawa lelaki itu, "dipercayai sedang marah kerana pekerjanya itu telah meletak jawatannya dengan serta-merta dan mahu polis mengenal pasti dan mengugut pekerja itu," kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan semalam.



Lelaki itu juga didakwa telah menghasut salah seorang pekerjanya untuk memberi maklumat palsu kepada polis supaya menyokong dakwaannya.



Lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan memberi maklumat palsu kepada seorang kakitangan awam.



Dia juga akan didakwa atas perbuatan bersubahat dalam memberi maklumat palsu itu kepada seorang kakitangan awam di bawah Seksyen 182, Kanun Keseksaan yang dibaca dengan Seksyen 109.



Jika lelaki itu disabit bersalah, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya.



"Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa sumber polis boleh digunakan dengan lebih baik bagi mengendali jenayah benar dan kecemasan daripada menggunakannya untuk menyiasat laporan atau maklumat palsu," tegas kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >