Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki akan didakwa laku pembunuhan di Sumang Walk

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang ditangkap kelmarin kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lagi lelaki berusia 46 tahun di Sumang Walk akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan membunuh.



Siasatan awal Pasukan Polis Singapura (SPF) mendapati suspek, seorang lelaki berusia 43 tahun dan mangsanya saling mengenali.



Dalam kenyataannya kelmarin, polis berkata pihaknya telah diberitahu tentang satu kes tikam di satu unit kediaman di Punggol pada sekitar 3 petang.



"Setibanya di tempat kejadian, para pegawai mendapati seorang lelaki terbaring dengan beberapa bekas tikaman di luar unit kediaman itu," kata polis.



Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Beberapa penduduk yang menetap di Blok 326A Sumang Walk memberitahu media bahawa mereka mendengar pertengkaran berlaku antara kedua-dua lelaki terbabit sebelum itu.



Seorang penduduk memberitahu akhbar Lianhe Zaobao bahawa beliau mendengar pertengkaran itu berlaku di unit tersebut sekitar dua petang, namun beliau menganggapnya sebagai satu pertengkaran biasa.



Seorang lagi jiran berkata beliau mendengar bunyi dentuman di pagar dan orang berteriakan, sebelum keadaan menjadi senyap.



Juga, seorang lagi jiran berkata beliau mendengar bunyi orang menghentak barang dan berteriakan pada dua malam berturut-turut pada awal bulan ini.



Kesemua jiran-jiran itu enggan nama mereka disiarkan dan berkata mereka tidak pasti sama ada bunyi bising itu adalah dari unit yang dihuni mangsa pembunuhan.



Kelmarin, beberapa kenderaan polis boleh dilihat di blok berkenaan.



Polis juga menutup akses ke tingkat enam ditutup, termasuk tangga dari tingkat lima.



Sekurang-kurangnya 10 pegawai polis dilihat di dalam unit yang terlibat, serta di sekitar unit tersebut.



Beberapa pegawai pula ditempatkan di kawasan lobi lif.



Pekerja penghantaran makanan juga dilarang memasuki kawasan tersebut.



Sebaliknya pegawai polis dilihat memberikan makanan kepada penerima.



Suspek kemudian dilihat dibawa pergi oleh polis sekitar lima petang.



Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >