Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki bakal didakwa ubah wang haram, sedia khidmat bayaran tanpa lesen

Polis: Keluarkan $28,350 hasil perbuatan jenayah dari akaun orang lain, serah pada individu lain
Mar 25, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berumur 25 tahun akan didakwa di mahkamah hari ini bagi kesalahan pengubahan wang haram dan menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Lelaki itu dikatakan telah mengakses beberapa akaun bank, yang dibuka atas nama beberapa individu berbeza antara Disember 2020 dan Mac tahun lalu, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Dia dikatakan telah mengeluarkan sekurang-kurangnya $28,350 daripada akaun-akaun itu. Dia kemudian dikatakan menyerahkan wang itu kepada individu lain di Singapura.



Duit itu dipercayai adalah hasil haram daripada penipuan yang dilakukan di luar negara.



Lelaki itu akan menghadapi dua dakwaan - satu bagi kesalahan memperoleh manfaat jenayah daripada orang lain dan satu lagi kerana bersubahat dalam satu kesalahan menjalankan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen, kata polis.



Sesiapa yang didapati bersalah memperoleh manfaat daripada perbuatan jenayah menghadapi hukuman penjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000 atau kedua-duanya.



Bagi menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen, seseorang boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda hingga $125,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Polis telah menyatakan bahawa mereka memandang serius terhadap sesiapa yang terlibat dalam penipuan, dan menasihatkan orang awam supaya menolak sebarang permintaan daripada sesiapa untuk menggunakan akaun bank kerana mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya akaun itu dikaitkan dengan jenayah.



Mereka yang telah menerima atau diminta menerima dana daripada sumber tidak diketahui dinasihatkan supaya menghubungi talian bantuan antipenipuan di 1800-722-6688.



Sesiapa mempunyai maklumat tentang penipuan sedemikian boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau memberi maklumat dalam talian di https://www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >