Lelaki Bangla, wanita Filipina jadi kendarat majlis

BULAN lalu, wartawan menerima dua undangan walimah berturut-turut - satu di hotel dalam kawasan Kampong Glam, manakala satu lagi di kawasan perumahan Yishun. Kedua-duanya merupakan majlis persandingan biasa yang dihadiri sanak-saudara dan rakan taulan.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah dalam kededua majlis tersebut, wartawan tidak menemui seorang pun kendarat anak Melayu yang lazim dilihat membersihkan meja dan mengangkat pinggan serta gelas kotor.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan