Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki, bayi dikejarkan ke hospital ekoran kebakaran libatkan PMD di flat Bukit Batok

Oct 08, 2019 | 03:38 PM

SEORANG lelaki dan bayi perempuan digegaskan ke hospital akibat satu kebakaran yang disyaki disebabkan oleh alat mobiliti peribadi (PMD), pada 10.40 pagi di sebuah flat di tingkat lima Blok 416 Bukit Batok West Avenue 4 pada Selasa (8 Oktober).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam satu pos di Facebook pada Selasa bahawa pegawainya telah menggunakan jet air untuk memadamkan api yang membakar kandungan bilik tidur flat tersebut.

Seorang lelaki yang dipercayai penghuni flat tersebut dan bayi perempuan yang tinggal di unit di tingkat enam dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH) akibat terhidu asap. 

Masih kurang jelas jika PMD yang terlibat telah mendapat sijil UL2272, iaitu satu piawaian yang menetapkan set peraturan keselamatan bagi sistem elektrik PMD.

Pemilik e-skuter dikehendaki oleh undang-undang untuk memeriksa alat mereka agar ia mematuhi  piawaian UL2272 menjelang 1 Julai 2020.

SCDF berkata siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran di Bukit Batok itu adalah daripada sumber elektrik, dan disebabkan oleh PMD yang sedang dicaj semasa kebakaran terjadi.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3