Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki bela diri sendiri bebas daripada tuduhan cabul

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang dituduh mencabul kehormatan seorang wanita dalam kereta api LRT sesak dibebaskan daripada tuduhan itu semalam.



Encik Tay Jia Jun, 30 tahun, yang membela dirinya sendiri di mahkamah dibebaskan selepas Hakim Daerah Ong Chin Rhu mendapatai pendakwa raya gagal membentangkan bukti di luar keraguan munasabah.



Hakim Ong berkata beliau tidak mendapati wanita itu "menyakinkan melebihi kebiasaan", piawaian yang diguna pakai bagi kes yang bergantnug pada testimoni.



"Saya ingin menekankan bahawa saya mencapai keputusan ini bukan kerana saya mendapati beliau bukan seorang saksi yang kurang kewibawaan..." kata Hakim Ong.



"Sebaliknya, saya mendapati beliau bercakap spontan dan jujur... dan bersedia (mengaku) mengenai jurang atau had pemerhatian dan pengetahuan beliau, termasuk fakta beliau tidak melihat secara khusus orang atau apa yang menyentuh beliau."



Hakim Ong berkata faktor utama dalam perbicaraan itu ialah apakah sentuhan di punggung yang dirasai wanita itu semasa menaiki LRT dari stesen Kadaloor ke Punggol disebabkan oleh Encik Tay.



Menurut Hakim Ong, berdasarkan bukti yang dibentangkan, beliau tidak dapat mengabaikan kemungkinan sentuhan itu disebabkan oleh orang lain atau perkara lain.



Encik Tay dituduh menyentuh tangan wanita ini sekitar 8.10 pagi pada 13 Ogos 2019.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan nama atau usia wanita, lapor The New Paper semalam.



Wanita tersebut dan Encik Tay dalam perjalanan ke tempat kerja dan Encik Tay sedang berdiri di belakang wanita tersebut.



Kededuanya berkata kereta api sesak dengan penumpang.



Selama kira-kira tiga minit, wanita itu merasa apa yang beliau gambarkan sebagai sentuhan di punggungnya.



Wanita tersebut berkata beliau merasakan sentuhan itu meskipun semasa kereta api tidak bergerak, yang mendorong beliau berfikir ia dilakukan dengan sengaja.



Dari sudut matanya, wanita itu melihat Encik Tay menurunkan tangan kirinya ke bahagian kanan tubuh beliau.



Wanita itu kemudian menggunakan telefonnya untuk mengambil gambar Encik Tay dan memuat naiknya ke Instagram dengan kapsyen melahirkan rasa amat marah terhadap kejadian itu.



Encik Tay mendapat tahu mengenai tuduhan itu selepas beliau ditangkap selang tiga hari.



Semasa perbicaraan, Encik Tay menafikan beliau sengaja menyentuh wanita itu dan tidak tahu apakah beliau secara tidak sengaja menyentuhnya.



Menurut Encik Tay, beliau menaiki kereta api itu secara rutin sejak tiga tahun lalu dan berada dalam keadaan mengantuk pada masa itu dan tidak dapat mengingati secara khusus apa berlaku.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lee Ti-Ting dan Joshua Phang mengatakan penjelasan Encik Tay tidak logik dan sukar dipercayai, tetapi Hakim Ong tidak bersetuju.



Beliau mengatakan adalah munasabah untuk menjangka ada penumpang lain tepat di belakang wanita itu, memandangkan keadaan sesak.



Bercakap kepada wartawan selepas perbicaraan, Encik Tay berkata beliau tidak melakukan jenayah itu dan tidak mendapatkan peguam bela kerana yakin undang-undang di sini adalah adil dan saksama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >