Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lelaki bermasalah mental buang kucing dari tingkat 14

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki bermasalah mental buang kucing dari tingkat 14

Jan 09, 2019 | 05:26 PM

SEORANG lelaki yang mengalami masalah mental telah memasukkan kucing kakak iparnya dalam beg dan melemparnya ke tanah dari tingkat 14, membunuh kucing tersebut. 

Kerana perbuatannya pada 2017, Mohd Noor Hassan, 42 tahun, didapati bersalah atas tuduhan kekejaman terhadap binatang oleh Hakim Daerah May Masenas hari ini. 

Dia akan kembali ke mahkamah untuk dijatuhi hukuman pada 11 Februari. 

Mahkamah diberitahu, lelaki tidak bekerja yang tinggal di tingkat enam Blok 866, Jurong West Street 81 itu, telah mengangkat kucing tersebut, meletakkannya dalam beg belakang, dan menaiki lif ke tingkat 14 di mana dia telah melempar beg belakang tersebut ke tanah. 

Kucing tiga warna yang diberi nama Jun, adalah kepunyaan kakak iparnya Cik Safiah Mohamed Kamal, 47 tahun, yang tinggal dalam flat yang sama. 

Pegawai pendakwa bagi Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) memberitahu mahkamah bahawa pada 18 Ogos 2017, sekitar 7.20 malam, seorang saksi memberitahu polis mengenai kejadian di mana seekor kucing dilontar dari “tingkat yang tinggi” di blok Noor. 

Pihak polis menemui beg belakang di bawah blok tersebut berdekatan kawasan sampah. 

Kucing tersebut ditemui di dalam beg. 

Pihak polis telah menjalankan rondaan dan mengunjungi setiap unit dan berjaya memberkas Noor di rumahnya. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3