Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki berpakaian joging ditemui mati di taman di Tampines

Feb 16, 2017 | 11:33 AM



SEORANG lelaki yang memakai pakaian joging ditemui mati di sebuah taman di Tampines Avenue 9 pada pagi Khamis (16 Feb).



Difahamkan tiada tanda kecederaan pada tubuhnya.



Mayat beliau dibawa pergi pada kira-kira 10.50 pagi, dan polis mengepung kawasan itu.



Seorang pesara, Encik Francis Tan, 64 tahun, yang sedang berbasikal di taman Tampines Eco Green itu pada kira-kira 8 pagi, berkata lelaki tersebut kelihatan berusia 40-an tahun, lapor akhbar The Straits Times.



"Ada kira-kira lima atau enam orang bersama saya. Kami tertanya-tanya apa yang berlaku. Saya melihat pegawai polis mengambil beberapa gambar tubuh itu," kata beliau, yang telah tinggal di Tampines kira-kira 20 tahun.



Encik Tan berkata ini kali pertama beliau melihat kejadian seperti itu di kawasan kejiranan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >