Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki Britain dituduh tidak pakai pelitup 3 kali di SG

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



SEORANG warga Britain yang dikatakan tidak memakai pelitup di tempat awam dalam tiga kejadian berasingan di tengah-tengah pandemik ini, didakwa di mahkamah dengan kesalahan di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19.



Philip Richard Mockridge, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, dikatakan melakukan kesalahan itu antara November 2020 dengan Mei tahun lalu.



Lelaki berusia 54 tahun itu dituduh tidak memakai pelitup di stesen MRT Sengkang sekitar 10.15 malam pada 26 November 2020 dan di stesen MRT Serangoon kira-kira 11 malam pada 19 Disember tahun itu.



Mockridge didakwa melakukan kesalahan sama di City Square Mall di Kitchener Road, berdekatan Little India, pada 8.47 malam 16 Mei tahun lalu.



Dia dilihat memakai pelitup apabila tiba di Mahkamah Negara semalam. Mockridge memberitahu mahkamah dia berniat mengaku bersalah dan tidak akan menggunakan peguam.



Ikat jaminnya ditetapkan $15,000 dan kesnya ditangguh ke 3 Februari. Bagi setiap dakwaan di bawah akta itu, pesalah kali pertama boleh dihukum penjara hingga enam bulan dan denda hingga $10,000. Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >