Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki Bulgaria dijel cuba keluarkan wang dari ATM gunakan kad klon

Jan 25, 2017 | 03:26 PM



SEORANG lelaki Bulgaria yang datang ke sini dan cuba mengeluarkan kira-kira $2,000 daripada ATM secara haram menggunakan kad klon, dijatuhi hukuman penjara setahun pada Rabu (25 Jan).

Pavlov Nedyalko Momchilov, 48 tahun, mengaku bersalah di mahkamah pada 18 Jan atas lapan pertuduhan bersubahat dengan konspirasi melakukan perbuatan mencuri sejumlah $900.

Sembilan pertuduhan lain bagi kesalahan yang sama melibatkan kira-kira $1,100 diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Momchilov berada di Bulgaria pada Julai tahun lalu apabila seorang lelaki tidak dikenali menawarkannya pekerjaan mengeluarkan wang daripada ATM di Singapura menggunakan kad yang telah disediakan.

Dia menerima tawaran itu. Momchilov akan mendapat 20 peratus daripada wang yang berjaya dikeluarkan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suhas Malhotra berkata: "Kad ATM yang diklon diberi kepada tertuduh di lapangan terbang Bulgaria sebelum dia berlepas ke Singapura. Nombor PIN ditulis pada kad."

Momchilov tiba di Singapura pada 4 September tahun lalu dan cuba mengeluarkan wang tunai daripada ATM berbeza.

Dia cuba tetapi gagal mengeluarkan antara $100 dengan $300 daripada ATM UOB di kawasan seperti Pusat Beli-belah Far East, Orchard Towers dan Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Percubaan berulang kali itu menarik perhatian dengan kamera litar tertutup merakam perbuatannya.

Pada 7 Sep, naib presiden UOB, Encik Desmond Goh Khiaw Siang, telah dimaklumkan oleh pusat kad unit bank bahawa beberapa kad diklon ditemui di lapangan terbang dan Pusat Beli-belah Far East.

Beliau membuat laporan polis. Momchilov ditangkap dua hari kemudian ketika mahu meninggalkan Singapura.

Bagi setiap pertuduhan bersubahat untuk mencuri, dia boleh dihukum penjara sehingga sembilan bulan dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >