Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki Bulgaria mengaku sertai konspirasi curi wang dari ATM

Jan 18, 2017 | 03:40 PM



SEORANG lelaki Bulgaria datang ke Singapura untuk melakukan jenayah dan cuba mengeluarkan kira-kira $2,000 daripadaATM secara haram menggunakan kad klon.

Pavlov Nedyalko Momchilov, 48 tahun, mengaku bersalah di mahkamah pada Rabu (18 Jan) atas lapan tuduhan bersubahat dalam konspirasi mencuri $900.

Sembilan pertuduhan lain bagi kesalahan serupa melibatkan kira-kira $1,100 diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Momchilov berada di Bulgaria pada Julai tahun lalu apabila seorang lelaki tidak dikenali menawarkannya pekerjaan mengeluarkan wang daripada ATM di Singapura menggunakan kad yang telah disediakan.

Momchilov, yang memerlukan wang, menerima tawaran itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suhas Malhotra berkata: "Perjanjian antara tertuduh dan orang yang tidak dikenali ialah tertuduh akan menerima 20 peratus daripada wang yang yang berjaya dikeluarkan daripada ATM di Singapura.

"Kad klon ATM diberi kepada tertuduh sebelum dia meninggalkan lapangan terbang Bulgaria ke Singapura. Nombor-nombor PIN ditulis pada kad."

Momchilov tiba di Singapura pada 4 September tahun lalu dan cuba untuk mengeluarkan wang daripada ATM berbeza serata pulau antara hari itu dengan 8 Sep lalu.

Dia cuba tetapi gagal mengeluarkan antara $100 dan $300 daripada ATM UOB di bangunan seperti Pusat Beli-belah Far East, Orchard Towers dan Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

DPP Malhotra memberitahu Hakim Daerah Imran Hamid bahawa beberapa transaksi yang gagal menarik perhatian.

Terdapat juga rakaman CCTV dia melakukan kesalahan itu.

Pada 7 Sep, naib presiden UOB, Encik Desmond Goh Khiaw Siang, dimaklumkan oleh pusat uni kad bank itu bahawa beberapa kad klon ditemui di lapangan terbang dan Pusat Beli-belah Far East.

Beliau membuat laporan polis dan pegawai menangkap Momchilov dua hari kemudian ketika cuba meninggalkan Singapura.

1Momchilov, yang diwakili peguam Andrew Lee, akan kembali ke mahkamah pada 25 Jan

Bagi setiap pertuduhan bersubahat melakukan konspirasi untuk mencuri, dia boleh dihukum penjara sehingga sembilan bulan dan denda. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >