Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Lelaki cabul kehormatan wanita mabuk dalam kereta; rakan sekerjanya pula rogol wanita berkenaan di chalet

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki cabul kehormatan wanita mabuk dalam kereta; rakan sekerjanya pula rogol wanita berkenaan di chalet

Jan 20, 2022 | 06:10 PM

SEORANG pengurus pusat hiburan malam sedang berada dalam kereta untuk mengunjungi chalet bersama lima orang lain, sesetengahnya merupakan rakan sekerja, apabila dia mencabul kehormatan wanita yang mabuk dan tidak sedarkan diri ketika itu.

Apabila kumpulan itu tiba di D'Resort @ Downtown East di Pasir Ris pada September 2018, salah seorang daripada rakan Yong Chun Hong telah merogol wanita berusia 24 tahun itu manakala seorang lagi lelaki menyerangnya secara seksual.

Lelaki keempat menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam kejadian itu. Lelaki kelima, yang memandu kereta tersebut, tidak didakwa.

Pada Khamis (20 Januari), Yong, kini 32 tahun, mengaku bersalah di atas satu tuduhan mencabul kehormatan. Dia adalah individu terakhir dikaitkan pada kes ini yang diheret ke mahkamah.

Pada Mac tahun lalu, Yap Chun Chieh, 41 tahun, dihukum penjara 12 tahun dan tiga bulan dengan 10 sebatan rotan selepas mengaku bersalah pada satu tuduhan merogol dan mencabul kehormatan.

Tay Boon Huat, 29 tahun, yang menyerang wanita itu secara seksual, awal sebelum ini, dihukum penjara 10 tahun dan tiga bulan dengan lima sebatan rotan.

Gan Soon Chai, 36 tahun, yang merakam kejadian itu menerusi telefonnya, dipenjara 15 bulan dan didenda $20,800.

Gan adalah warga Malaysia manakala lelaki yang lain adalah warga Singapura.

Mahkamah diberitahu pada Khamis bahawa ketika kejadian berlaku, Yong bekerja sebagai pengurus di Club V5 Tycoon di pusat beli-belah Ming Arcade di Cuscaden Road.

Tay telah menempah calet untuk kawannya daripada kelab itu jadikan ruang berhibur.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Ng Yiwen dan Niranjan Ranjakunalan menjelaskan dalam dokumen mahkamah bahawa mangsa dan teman-temannya tiba di pusat hiburan malam itu sekitar 3.35 pagi pada 17 September, 2018.

Selepas dua jam, teman wanita berkenaan mabuk dan bertelingkah di luar Club V5 bersama sekumpulan pengunjung lain. 

Masalah itu terlerai dengan temannya meninggalkan premis itu dan dirinya.

DPP itu berkata: "Dalam keadaan mabuk, mangsa itu pulang ke Club V5 (termasuk Yong dan Tay) serta terus minum arak bersama mereka.

"Sekitar 6 pagi, si tertuduh membawa mangsa yang tidak boleh berjalan betul ke tandas wanita disusuli dengan tandas lelaki di tingkat empat Ming Arcade, di mana dia menghabiskan masa sekitar 15 minit seorang diri bersama wanita itu di balik pintu yang tertutup."

Sekitar 6.30 pagi, Yong membawa wanita itu ke tingkat pertama Ming Arcade dan menyerahkannya kepada Yap. Dia juga menyuruh Yap menghantar wanita itu pulang dengan teksi.

Yong memasuki kereta dengan teman-temannya tidak lama selepas itu. Mereka menuju ke chalet apabila bertemu Yap dan wanita itu di tempat menunggu teksi.

Yong kemudian menggesa Yap agar menyertai mereka. Yong menarik wanita itu ke dalam kereta.

Mereka berada dalam perjalanan apabila Yong mencabul kehormatan wanita itu.

Di calet, Yap merogol wanita itu sementara Tay menyerangnya secara seksual.

Pada 9 pagi, Yap membantu wanita itu menyarung pakaiannya dan membawanya pulang dalam teksi. Apabila sampai ke blok rumahnya, wanita itu masih tidur. Yap pula ingin membawanya ke hospital terdekat.

Di hotel itu, dia menyentuh payu dara wanita itu. Sekitar 7 malam, wanita itu terkejut apabila bangun tidur dan ternampak lelaki yang tidak dikenali.

Wanita itu membayar $70 bagi bilik hotel tersebut. Beliau meninggalkan Yap selepas itu.

Pada malam itu, wanita itu bertemu temannya dan berkongsi tentang perkara tersebut. Mereka bertemu di pusat hiburan berkenaan dan mengecam wajah Yap. Beberapa hari selepas itu, beliau bertemu Yap yang meminta maaf kerana mengadakan hubungan seks dengannya.

Wanita itu memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dan membuat laporan polis.

Yong dibebaskan dengan ikat jamin $70,000 pada Khamis dan dijadualkan dihukum pada 16 Februari.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3