Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki cemuh kata xenofobia pada dua pekerja asing dijel, denda

Jul 28, 2022 | 10:11 PM

SEORANG lelaki yang memarahi dua pekerja asing dengan cemuhan berunsur xenofobia  (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing) berkata dalam pembelaannya bahawa  dia mempunyai ‘hak perlembagaan’ untuk melahirkan perasaannya memandangkan kededua pekerja itu berada dalam kejiranannya.

Selepas satu perbicaraan di mahkamah daerah, Lee Poh Kian, 56 tahun, semalam dijatuhi hukuman penjara seminggu dan didenda $1,000.

Dalam responsnya kepada hak yang dituntut Lee itu, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Sean Teh, berkata:

“Tidak sekali pun tertuduh membuat sebarang hujah berkaitan perlembagaan untuk menyokong kesnya.

“Jelas sekali tidak ada hak perlembagaan langsung.”

Lee juga gagal memakai pelitup semasa menghampiri Encik Ratnasingam Jatheesan dan Encik Krishnan Karthikeyan tatkala mencemuh mereka di Toa Payoh pada 12 Julai tahun lalu.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan kewarganegaraan pekerja asing itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3