Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki cuba serang pegawai polis dengan pisau di Bendemeer Road, ditembak, mati

Mar 23, 2022 | 11:09 PM



SEORANG lelaki, 64 tahun yang cuba menyerang pegawai polis dengan pisau telah ditembak mati dalam satu kejadian di Bendemeer Road, pada Rabu (23 Mac).



Ng Eng Kui awalnya telah diberi amaran berkali-kali supaya meletakkan pisaunya dilantai dan juga telah ditembak menggunakan alat renjat (taser) apabila cuba mara ke arah pegawai polis.



Polis dalam satu kenyataan semalam berkata, pada Rabu, 4.07 petang pihaknya menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang memekik dan membawa pisau di sekitar Blok 33 Bendemeer Road.



Setibanya di kawasan kejadian, pegawai polis mendapati seorang lelaki yang keluar dari sebuah unit flat dengan membawa pisau.



Pegawai kemudian menyuruh lelaki itu supaya meletakkan pisau itu di lantai, namun dia enggan.



Ng kemudian bergegas menuju ke arah pegawai dengan pisau.



Setelah amaran mereka diabai, pegawai melepaskan tiga tembakan menggunakan taser dan berundur untuk menjarakkan diri mereka dengannya.



Namun Ng tetap mara ke arah pegawai itu.



Oleh kerana ada potensi ancaman terhadap keselamatan pegawai, salah seorang pegawai itu melepaskan satu das tembakan dengan pistolnya ke arah lelaki yang kemudiannya rebah.



Ng mengalami kecederaan atas tembakan itu di bahagian dadanya.



Pegawai polis melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atasnya dan Ng dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia disahkan mati pada 5.13 petang.



Siasatan awal mendapati Ng telah naik turun bloknya sambil membawa pisau.



Dia juga telah mendekati seorang pelajar memakai uniform sekolah namun murid itu berjaya berjalan dan mengelakkan dirinya daripada lelaki itu.



Polis berkata, Ng dikenal pasti sebagai pesalah dadah dan pernah ditangkap pada September lalu, serta diburu CNB. Alat penyalahgunaan dadah didapati dalam unitnya.



Polis berkata, Ng juga sedang disiasat kerana didakwa atas beberapa kesalahan bertindak secara terburu-buru dan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menghalang pegawai kakitangan awam melaksanakan tugas.



Sebelum ini dia didakwa telah membuang barang daripada tingkap rumahnya dan apabila pegawai mendekatinya, dia menggunakan kerusi untuk mencederakan seorang pegawai.



Siasatan sedang dijalankan, kata polis.



Polis berkata terdapat trend kes tindakan ganas membabitkan individu mengancam keselamatan orang awam dengan senjata.



"Polis mungkin perlu menggunakan tindakan tegas untuk menahan individu berkenaan jika terdapat potensi ancaman kepada orang awam, dan terhadap pegawai kami semasa mereka menjalankan tugas," tegas polis.



Komander Divisyen Polis Sentral, Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis, (DAC) Jeremy Ang berkata:



"Pegawai polis mempunyai tanggungjawab menjamin keselamatan orang awam. Kami menghadapi keadaan merbahaya dalam melaksanakan tugas kami dan kami akan bertindak dengan wajar jika ia diperlukan, termasuk bertindak dengan tegas, bagi menahan mereka yang menyebabkan bahaya kepada orang awam atau pegawai kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >