Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki curi kad ATM, kebas hampir $22,000 duit ibu 83 tahun

Dec 30, 2016 | 02:20 PM



SEORANG pekerja pembersihan mencuri kad ATM ibunya yang berusia 83 tahun dan mengeluarkan sejumlah $21,776 dalam tempoh lima bulan.



Pada Jumaat (30 Dis), Mohamed Nasir Salim, 57 tahun, dipenjara penjara lima bulan setelah mengaku bersalah bagi 10 pertuduhan yang diteruskan daripada 48 pertuduhan yang dihadapinya.



Ini termasuk mencuri kad ATM POSB ibu, Cik Madam Maznah Mohd Noorm di flat beliau di Woodlands pada Ogos 2015.



Mahkamah diberitahu bahawa Cik Maznah mendapati kad ATM beliau hilang pada Ogos 2015. Beliau kemudian memeriksa akaun POSB-nya dan mendapati terdapat beberapa transaksi Nets dan pengeluaran wang tunai.



Cik Maznah mengesyaki anaknya mengambil kad ATM itu tetapi tidak membuat sembarang laporan hingga 27 April lalu.



Apabila ditangkap, Nasir mengaku mencuri kad ATM ibunya. Dia mendapatkan nombor pengenalan peribadi kad itu daripada ibunya sebelum ini.



Jumlah terlibat dalam pertuduhan yang diteruskan ialah $10,000.



Nasir mempunyai rekod kesalahan mencuri kenderaan dan memiliki serta penggunaan dadah.



Hukumannya dikebelakangkan hingga 8 Nov.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >