Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Lelaki curi peti simpanan mengandungi $16,900 dari restoran VivoCity

Aug 29, 2019 | 04:03 PM

SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa mencuri peti simpanan yang mengandungi wang sebanyak  $16,900 dari sebuah restoran di VivoCity pada Isnin (26 Ogos).

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kes pecah masuk kedai pada Isnin pukul 8.40 pagi.

Pegawai  polis dari Bahagian Polis Clementi mengenal pasti suspek berusia 43 tahun itu lalu memberkasnya pada hari Isnin.

Polis juga dapat memperoleh wang sebanyak $14,000 daripadanya.

Lelaki itu dijangka dihadapkan ke mahkamah pada hari Rabu.

Mereka yang disabitkan dengan jenayah pecah masuk rumah atau kedai dan pencurian pada waktu malam boleh dihukum penjara selama dua tahun hingga 14 tahun, dan boleh dikenakan denda.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian